Wednesday 7 December 2011

Tiket Legoland Malaysia Dibuka Soon




Welcome to Johor Bahru, the city with full of fun and entertainment, wah gitu. Saje bagitau yang orang JB ni cakap omputih kekadang, usually weekday je la. Ceh. Baiklah, sejurus selepas entry "Legoland Pertama di Asia - MALAYSIA", kali ni nak kepilkan sikit info dalam Merepek Ayam tentang harga tiket dan latest news pasal benda yang gila changgih ni.

Af why eye, theme park bertaraf antarabangsa ini telah pon complete around 40% (setakat Disember 2011) dan dijangka akan dibuka pada Disember 2012. Dengan keluasan 76 ekar matra ini cukup untuk memuatkan lebih kurang 40 jenis menan-menan. Menan-menan ini dengan bijaknya dikelaskan dalam 7 jenis theme. Setakat yang aku tau ada LEGO® Tehnic, LEGO® City, Miniland, Land of Advanture, LEGO® Kingdom, dan tah macam-macam ragam lagi lah. 

 
* gambar-gambar Legoland Malaysia yang sedang 40% siap

General Manager Legoland Malaysia, iaitu aduh sape nama dia tu.. Ha! Siegfried Boerst ni kata, sekarang mereka sedang melakukan promosi dan roadshow dalam dan luar negara starting bulan ni (Disember 2011). Mengenai harga tiket masuk pulak, dia cakap:

Orang Besar: RM140 sekepala
Budak Kecik: RM110 sekepala (untuk umur 3 ~ 11 tahun jer)
* bagi pemegang MyKad atau IC lama yang belum pulang kat JPN akan dapat rebate RM30 hengget.

Pergh!! harga tiket dia kussemangat.

Af why eye, dorang ni jugak offer Anual Passes untuk masuk Legoland ni, harga normalnya ialah:

Orang Besar: RM275 sekepala
Budak Kecik: RM210 sekepala (untuk umur 3 ~ 11 tahun jer)
* bagi pemegang MyKad atau IC lama yang belum pulang kat JPN akan dapat diskaun RM30 hengget.

YANG BESTNYA..

Promosi yang dorang tengah buat sekarang ni ialah untuk Anual Passes ni lah special price, iaitu:

Orang Besar: RM195 sekepala 
Budak Kecik: RM150 sekepala (untuk umur 3 ~ 11 tahun jer)
* bagi pemegang MyKad atau IC lama yang belum pulang kat JPN akan dapat diskaun RM30 hengget. (offered for a limited period)

YANG TAK BESTNYA..

Harga dia tetap ratus-ratus kot, kussemangat! Aku expect dalam 70 80 je kot. Cis! Suku badan nak masuk pon tak lepas rupanye.

Ape-ape pon kita tengok aje lah ape yang akan jadik dengan lego-lego ayam ni. OK la dowh, aku chow dulu, take care. Garnier.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...