Thursday 1 December 2011

Johor Premium Outlet (J.P.O) THE BEST!



Continue daripada entry sebelum ni iaitu "Johor Premium Outlet Grand Opening on 02 Dec 2011" yang katanya akan dibuka secara grand pada esok (02/12/2011). Tapi aku hari ini (01/12/2011) dah pergi dah, how come? Haha.. Berbekalkan semangat cintakan JB, sempat aku terjah seketika untuk membuat liputan ringkas mengenai tempat yang dahsyat ini. Sebelum itu aku nak mintak mahap sesangat sebab henpon aku terlalu mahal harga dia, sebab tu hasil gambar yang diambil dari kamera henpon mahal tersebut tersangat lah cantek! Dah la snappy time nak magrib kan, haaa memang dahsyat lah gambar-gambar dia!

* macam biasa lah sebelum masuk dah tak reti-reti ke amik tiket paking otopay

* langkahan pertama aku nampak food court dulu (sebab aku tengah lapar kot time nih, hahha)

Ok ni dia senarai outlet yang sudah complete dibuka rapi buat para pengunjung berduit, antaranya..


Banyak lagi sebenarnya yang aku tak sempat snap, bukan ape, tiap kali aku snap ade je mata-mata yang tengok aku macam aku ni takde duit, siod je, lantak ar! Aku buat je muka every month gaji 14ribu.
Anyway banyak lagi outlet-outlet yang under construction macam Versace, tah ape tah lagi yang aku pon tak tau nak sebot omputih dia. So korang perasan kan? Konsepnya dorang buat macam ala-ala satu village atau macam satu pusat khas la untuk para penggiat fesyen, yang jenis tak boleh kua rumah kalo dekat badan tak tercalit Guchi, El Vi, mahupon Dolceh dan Gabana. Disini korang bole berpakaian se-high fesyen mana yang korang suka, sebab tadi pon aku terperasan ade sorang amoi cun ni pakai baju pergh! Tyra Banks pon tak sanggup pakai cenggituh.

FYI, se-Mat Salleh mane pon tempat tu kalo dah namanya kat Malaysia kan, so mesti ade elemen-elemen keMalaysiaan punya lah. Ce tengok nih. Kan?! <3 Malaysia.

* Malaysia pon Malaysia la, tapi nape nama dia dahsyat sampai cenggitu sekali, *aduh!

Bila tengok outlet ni teringat pulak kat member aku yang sekarang nih kat Jermen sana, nah! Reimy, ini untok kaw~~

Tendency untuk korang sesat tu memang ada lah kalo korang jenis masuk tak baca bismillah. Tapi jangan risao, menatang ayam ni akan nolong korang di saat kecemasan.
* Hey papan tanda, say hello to my reader, come on!

Ade satu tempat ni membuatkan aku agak tercuit hati pabila melihat perbezaan diantara.......

* Papan tanda harga yang nampak dari jauh,

dengan..


* Tanda harga sebenar
* Hmmmm... Mencabar napsu, matematik dan naluri

* arkitek dia mungkin orang yang sama dengan arkitek yang buat Jam dataran


Ok dah lah, letih la mengapload gambar-gambar ni. Senang cita korang datang je la, tak rugi, tak beli pon takpe, stand by duit bayar paking jeh. Tak tau la, perasaan gerun nak masuk kedai-kedai seperti Burberry Armani tu masih lagi kuat bergetar dalam nadi. Hahha.. tengok dari lua je lah! So korang yang ada konfiden menggunung tu ini lah tempat yang paling sesuai untuk korang, akhir kata dari aku, jom ke JB!


*Boleh abaikan gambar ini kalo mahu

6 comments:

Zahn said...

overall murah x? mampu beli x oleh orang kebanyakan?

Shuffix said...

so far not bad r.. murah bole tahan r

Anonymous said...

Terima kasih, sangat membantu saya utk tahu ttg JPO ni.. Keep up posting about Johor, JB especially!

Shuffix said...

ok i will.. thanks for reading

Siti Lyana said...

hahaha... nmapk sgtdah lama tak turun jb...mana lokasi sebenarnya ni?

Shuffix said...

dekat kulaijaya, berhampiran indahpura. Tgk map kat entry http://merepekayam.blogspot.com/2011/11/johor-premium-outlet-grand-opening-on.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...