Monday 5 December 2011

Pinewood Iskandar Malaysia Studios Like Seriously!



Lepas satu, satu, lepas satu, satu lagi. Mak engkau! Banyak seyh projek-projek hebat yang bakal muncol kat JB nih. Baru je beberapa saat hari lepas aku post pasal "Johor Premium Outlet (J.P.O) THE BEST!",  ni satu lagi bende yang Maha Suci Tuhan! Tak tau la camne nak tafsir pakai bahasa maknusia. Sumpah pas baca entry ni mesti ramai yang packing barang, bungkus benda-benda dalam rumah, telepon lori sewa, hangkut segala-segala yang ada datang pindah Johor. *angkat kening kiri dua kali. Hai kawan-kawan, sahabat handai, rakan taulan, memperkenalkan, Pinewood Iskandar Malaysia Studios!

Korang pernah terfikir tak kat mana lah agaknya filem-filem mantap seperti Harry Potter (Siri 1 sampai kiamat), Lord of The Ring, X-Men, Alice in Wonderland tu semua buat sesi penggambaran mereka? Nampak canggih dan stylo je kan, takde cela, sumpah tak nampak macam belakang rumah aku langsung pon. Kadang-kadang pikir-pikir balik eh wujud ke tempat-tempat seindah tu? Nak kata teknik pengkomputeran tak kan la 100% komputer, cam real jerk. Hmm.. *tengok langit. Itu dia aku nak gebang sket pasal studio dahsyat ini.

The Pinewood Studios Group merupakan sebuah group yang menyediakan perkhidmatan berkaitan filem dan juga pembekal props-props hebat dalam industri filem as well as televisyen terkemuka di planet bumi yang bertaraf antarabangsa. Senang cita dorang ni bina semua props yang director mahu, sediakan lokasi seperti yang director mahu, atau dengan kata lain menzahirkan apa sahaja yang diberangankan oleh director yang sahangat kretif itu menjadi realiti. *Oh ayat aku.

 
Pinewood Studio ni origin dia daripada UK. Then berkembang ke Canada, Dominican Republic, Germany dan yang terlatest iaitu di Malaysia, sekaligus menjadi negara Asia pertama yang ada mende cenggini. Maybe dorang ni nak carik kelainan dari segi lokasi, cuaca dan props, sebab asik kat negara yang ade salji cakap-cakap kua asap je, dorang nak jugak kot try buat scene berjalan-jalan kaki sambil ketiak basah, buat scene terbang-terbang gasak-gasak kat celah dusun durian. Kot.

Antara projek-projek under Pinewood Studio.

 Nilah antara-antara filem-filem meletop yang pernah berusaha sama dengan Pinewood Studio.

**tengah bayangkan Harry Potter buat penggambaran kat Malaysia** (bagi aku 7minit jap)
 
Kebanggan Malaysia! Ce usha Ilustrasi Pinewood Iskandar Malaysia Studios yang akan datang tuh, lebih kurang cenggini lah nanti bentuknye, insyaallah amin.

Antara lokasi yang bakal dieksplore untuk ditransform dan diedit jadik macam dalam Avatar.

FYI, Pinewood Iskandar Malaysia Studios ini akan menyediakan perkhidmatan seperti:
  • 100,000 kaki persegi pentas filem (lebih kurang dalam 15,000 kaki persegi hingga 30,000 kaki persegi)
  • 24.000 kaki persegi studio TV (2 x 12.000 kaki persegi)
  • Pejabat-pejabat, bengkel dan production facilities
Pembinaan actually telah pun bermula pada bulan Februari 2011 that day, dan dijangkakan akan dibuka sepenuhnya pada tahun 2013.

Lepas ni akan banyak la producer-producer luar negara akan ke sini carik ilham dan buat movie kat sini. Pergh! Kalo Steven Spielberg datang nak buat filem aku nak buat-buat jalan depan dia then betul-betulkan tali kasut, lepas tu mesti dia "Hey you boy over there, come here. I can see something in you. Can you please be one of the cast for my latest movie?" "Yeah, sure. Why not?" Lima saat pastu aku pengsan mulut berbuih.


2 comments:

remi said...

wah, xsabar nak tgk bile da siap

ahmad said...

Dah dibuka dgn resmi ke oleh DYMM Sultan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...