Friday 30 December 2011

Make Up SUPER Magik Gila!!




tengok ni pulak! --> That's why women can't live without makeup


so guys jgn mudah terpedaya

Monday 26 December 2011

Airline Paling Sumpah Funny [Kulula Air]



Full dengan sense of humor. Kelakar ayam! Memperkenalkan, Kulula Air South Africa. Waka waka eh eh!


Hamek kaw! Complete semua description indicator segala..

Tuesday 20 December 2011

Tips Diet Yang SUMPAH Berkesan



Daripada korang dok menipu edit sana sini bagi nampak kurus, canggih, takde lemak dan bergetah macam kat dalam entry Penipuan Era Masa Kini, bek la korang ikut tips diet yang aku nak sharing is caringkan dalam entry Merepek Ayam arini. Insyaallah dengan izin Yang Maha Kuasa akan kurus jua seperti yang diingini. Ni dia bukti kejayaan aku yang aku nak kongsi bersama dengan para-para reader yang tak jemu-jemu menggugel Merepek Ayam, ha ni dia..

*alhamdulillah dengan berkat usaha dan amalan yang aku amalkan selama ni

TIPSNYA:

Langkah Pertama
Perlulah ade semangat yang kental dan utuh untuk menguruskan badan, atau untuk mengecilkan apa-apa jua yang beso.

Langkah Kedua
Pusingkan kepala korang ke kiri tepat seperti dalam gambar rajah di bawah sehingga urat leher sebelah kanan terasa agak tegang. (Lakukan dengan berhati-hati, elakkan sebarang kehelan atau ketelengan)


Langkah Ketiga
Lebih kurang sama seperti Langkah Kedua jugak, cuma tukar dari kiri ke arah kanan pulak. Pusingkan kepala korang ke kanan tepat seperti dalam gambar rajah di bawah sehingga urat leher sebelah kiri pula terasa agak tegang. (Ingat lagi sekali! Lakukan dengan berhati-hati, elakkan sebarang kehelan atau ketelengan)


OK dah buat? Bagus! Then step seterusnya ialah..

Langkah Keempat
Ulang Langkah Kedua dan Langkah Ketiga berkali-kali. (Ikut cam kat bawah ni)


Dah? Bagus.. 

PERINGATAN!

Senaman ini WAJIBlah dilakukan TERUTAMANYA time korang dioffer untuk makan makanan yang sangat-sangat sedap, makanan yang free, makanan yang diakui tahap kalorinya, Mekdi, Kepsi, Pizza, Cheese Cake Secret Recipe, Ayam Chop, Cheese Nan, dan semua yang sejenis dengan mereka. Kalo korang mampu buat senaman ini ketika berlakunya situasi yang disebutkan tadi, insyaallah tak lama lagi korang kompom kurus! Lagi kerap bole buat, lagi cepat korang kurus.



SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERJAYA!

Sunday 18 December 2011

Cheesy Ultimate Piza Yang Urrgh!




Mase first time tengok mende nih kat dalam tb rase macam wao! Terejekulasi minda kejap melihat adegan tarik meraik lendiran bendalir itu. Pastu poster dia pulak kemain lagih siap cakap ianya gabungan 7 keluarga cheese yang paling dahsyat dalam dunia, iaitu Cheddar, Provolone, Monterey Jack, Cream Cheese, Mozzarella, Parmesan dan juga Romano. Sumpah aku tak tau menawu pon kewujudan bende tuh, ko cakap dalam tu ade Monalisa pon aku ye kan aje.

Kite cut short kan cita maka pergilah aku dengan adik aku that day ke lembah piza itu untuk menerai ke-ultimate-tannya. Kami menunggu dengan muka yang penuh dengan sinar harapan. 18minit kemudian...


Hatiku tiba-tiba berdetik dan berkata-kata:
* detikan pertama: eh.. bunga rafflesia!
* detikan kedua: keciknya.. dalam gambo kemain lagi macam karpet!
* detikan ketiga: gila kau setiap detik hati aku nak tulis!

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, ngap! Haaaa.. Nak tau ape perasaan aku time tuh? Teruskan menscroll ke bawah.

GIGITAN PERTAMA

GIGITAN KEDUA

GIGITAN KETIGA

GIGITAN KEEMPAT

GIGITAN KELIMA

GIGITAN KEENAM

GIGITAN KETUJUH

Demikianlah antara perasaan-perasaan aku ketika menikmati piza tersebut mengikut turutan gigitan. Dan setelah selesai ketujuh-tujuh turutan itu, yakni selaras dengan 7 ultimate cheesy seperti yang digembar-gemburkan, inilah hasilnya. Yay!


Selamat menjamu selera!!

Thursday 15 December 2011

Tentang Meaow



Pada suatu ketika dahulu.......

2 Miau sebulat suara mendirikan rumah tangga...

Mereka hidup dalam keamanan, kemakmuran dan kebahagiaan...

Kemudian lahirlah cahaya mata pertama, Miau Kecik..

dan kedua, Miau Small..

Detik-detik langkahan pertama Miau Kecik dan Miau Small...

Mama Miau bekerja keras ditempat kerja demi keluarga...

Papa Miau pula bertarung nyawa mem-protact family dari anasir-anasir jahat...

Miau Kecik dan Miau Small mula membesar dan menjadi bad boys...

Miau Kecik dah jadik seorang terrorist...

Miau Small pulak kerja kat night club...

Family yang kucar-kacir menyebabkan Miau Small decide nak bunuh diri...

Setelah dengar berita Miau Small, Papa Miau terus diserang heart attack...

Dan akhirnya Mama Miau hilang panduan, lost her mind dan dimasukkan ke hospital mental.

***


Ti Ay Em Ay Ti



***

Simbol-Simbol Best Facebook




Tadi, baru je tadik, cam dalam 2 3 minit yang lepas.. ke 5 6 minit tah, aku ade lah dok chatting dgn beberapa fesbook chatter nih, main send-send emoticon-emoticon je sebab masing-masing dah speechless kan, dan ade yang sungguh jeles sebab aku bole buat macam-macam simbol yang setailo-setailo, sedangkan dia hanya tahu yang super basic smiley je, hahhaha... (gelak aku). Takpe hari ni aku ajar k? Senang je. Yang dah tau tu jangan nak yek elleh Shuffix, benda ni dah basi kot! Suke aku la blog aku. Oh sadis nye ayat aku.


Jom chatting!!


sorry ea juju terkutuk ko sket, kah3..

Saturday 10 December 2011

The Color of Year 2012 REVEALED!




Tangerine Tango, ala-ala kaler merah-oren-elektrik ini terpilih menjadi the color of 2012 oleh the Pantone Color Institute. Syabas tangerine tango! Mereka kata kaler ini warm, menaikkan semangat, bertenaga dan ianya kelihatan hebat dan mantap pada hampir setiap tona kulit. (*erk! aku?). 

Seriusly ni first time aku baru tau kaler pon ade of the year-of the year ek. Actualynya setiap tahun Pantone Color Institute akan membuat ramalan warna bagi tahun akan datang, means tahun yang berikutnya lah. Dahsyat betul dorang ni sampai membuat kajian gila-gila punya untuk mendapatkan secebis kaler yang bukan sahaja untuk industri fesyen atau fabrik, malah yang memberi impact kepada seluruh makhluk bumi dari segi emosi, physiology dah tah hape-hape lagi tah aku pon tak paham. Tah betul ke tidak ayat aku, jangan percaya sangat tau! 

Ni plak last-last year punya:

OK cukup! Tahun-tahun lagi belakang tu korang goggle sendirik k. Kembali semula kepada crita Tangerine Tango.

Berikut adalah kemungkinan item-item yang akan bakal kebaboom di pasaran dalam tahun 2012:

*So aku da cop! Baju raya aku tahun depan.. =D

*Dan aku akan paksa mak aku pakai cengginih raya pertama.

*Dan aku nak...
 



Dan yang paling dahsyat sekali yang bakal berlaku, standby tutup mata!

oh yeah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...