Saturday 17 March 2012

Nama-nama Orang Di Bumi Yang SUMPAH TEPUK DAHI



Urhines Kendall Icy Eight Special K

Urhiness Kendall dilahirkan pada hari Sabtu, 15 Februari 2003 seberat 8 paun. Baby ini dinamakan sedemikian rupa bersempena dengan sejenis dadah yang fehmes iaitu ketamine. Kalo korang nak tahu, baby ini juga berkongsi tarikh lahir dengan maknusia lain yang jugak mempunyai nama yang aneh, iaitu Galileo Galilei, sape tak kenal, kan?

Dick Assman

Dick adalah pemilik stesen minyak di Saskatchewan, Kanada. Memang lah korang baca nama dia seperti macam mana yang korang baru baca kat atas tu tadi. Tapi dia ni cakap kalo dalam Jerman cara baca nya ialah "Uzman". Ah suke hati kaw lah!

GoldenPalaceDotCom Silverman

Pada tahun 2005, Internet Casino yang fehmes iaitu GoldenPalace.com menawarkan $15,000 untuk mana-mana individu yang letak nama baby baru lahir mereka dengan nama GoldenPalace.com. Ramai orang time tu sangat marah dan murka dengan tindakan pemilik casino online tu dengan menganggap itu adalah salah satu bentuk child abuse. Walau apa pun, pada 19 Mei 2005, GoldenPalaceDotCom Silverman selamat dilahirkan sihat.

Joker Arroyo

 JANGAN KETAWAKAN OK! Beliau ialah salah seorang Senator di Philippine. Nuff Said.

Brfxxccxxmnpcccclllmmnprxvclmnckssqlbb11116

Pada tahun 1991, pasangan Elisabeth Hallin dan Lasse Diding membantah Naming Law of Sweden, dan menyatakan bahawa mahkamah tak approve nama baby mereka itu "atas beberapa sebab yang jelas tidak sesuai menjadikan ia sebagai first name." Mereka telah didenda 5,000 Kronor (kira-kira USD 680 pada time itu). Mak ayah si dia ni kata "the 43-characters name as a pregnant, expressionistic development that we see as an artistic creation." Mahkamah tetap menolak dan meneruskan denda itu. Lalu dorang tak puas hati lalu resubmit nama baru untuk baby dorang itu dengan nama "A". Yup! Satu hurop je. AGAIN! Mahkamah tetap menolak dengan berkata nama yang mempunyai 1 hurop pon prohibited. Last-last kedegang-kedegung nama yang tertera dalam passport budak ni ialah "Icke namngivet gossebarn" yang bermaksud "unnamed little boy". Hmmm Nasib ko lah budak.

Nicholas If-Jesus-Christ-Had-Not-Died-For-Thee-Thou-Hadst-Been-Damned Barebon

(1640 - 1698) Seorang ahli ekonomi Inggeris, pakar perubatan dan spekulator kewangan. Beliau juga antara pengkritik merkantilisme dan merupakan salah seorang penyokong pertama free market. Middle name beliau yang luar biasa itu diberi oleh bapa beliau, sebagai satu simbol atau lambang keagamaan yang sering diberikan dalam keluarga Puritan di England pada abad ke-17.

God Shammgod

Pemain bola keranjang profesional, yang pada masa ini bermain untuk Chinooks Portland Liga Bola Keranjang Antarabangsa. Beliau bermain di NBA untuk satu musim (dengan Wizards Washington pada tahun 1997). Oh Em Ji!

Batman Bin Suparman
 
Makin tensyen aku menaip entry kali ni lah! Sakit otak aku tak tahan memikirkan ke-sukahatimakbapakaku-an mereka dalam meletak nama bebudak zaman sekarang nih. Haduh! takpe, yang budak batman ni kru Merepek Ayam akan try carik, tak jauh, seberang ni jeh.
 
Lain-lain yang DAHSYAT jugak!



















No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...