Wednesday 9 November 2011

Jenis-jenis Makhluk Dalam FB



Yang mana satukah sifat² semulajadi korang? Atau mungkin 2, 3.. atau kesemuanya?
Moh pilih2..

1. MODEL ↓
Gasak tukar gambar setiap saat

2. PENJENAYAH ↓
Tukar nama setiap hari


3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS ↓
Namanya menggunakan simbol² tah hape-hape sehingga menyusahkan kwn² nak cari korang terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T = Jimat, 6T = Nanti)

4. WARTAWAN ↓
Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS ↓
Suka menyebarkan link² yang what the f*** (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan, bencana, masuk neraka, dsb)

6. BINTANG FILEM ↓
Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG ↓
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau comment -.-’

8. PERASAN HEBAT ↓
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.Memang mintak pelempang

9. BUDAK HINGUSAN ↓
Selalu menampilkan gambar dgn gaya kunun² cute! *oh muntah (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, kembung² kan pipi, juling² mata, dan yang paling fehmes, amek gambar dari angle atas dengan harapan nampak kurus dan hott)

10. SHOWOFF ↓
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.




*Lampirkan jawapan korang dalam ruangan komen di bawah dengan menaip:
"Kepada Merepek Ayam, dengan lafaz takzimnya dengan ini saya __(nama fehmes korg)__ mengaku bahawa saya tergolong dalam makhluk FB jenis nombor __(no 1~10)__ dan saya sangat bangga dengan sifat semulajadi saya itu. Bukan saya minta untuk dilahirkan sebegini. Terimalah diriku seadanya. Sekian."



Ilham dari echa! =)

3 comments:

dee said...

entry yg jujur,,, but hot! shuke2!

Anonymous said...

6,8,9,10...huu...sungguh xsuke....
btw, nice entry....

Shuffix said...

hahaha thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...