Tuesday 8 November 2011

10 Makanan Termahal di Plenet Bumi



Merepek Ayam kali ni nak mengusha sket makanan-makanan yang di makan oleh golongan-golongan yang tidak menganggap RM1 sebagai duit, dan hartanya 18 kali mati hidup balik pun still berterabur-terabur lagi. Sebelum itu peringatan kepada pembaca-pembaca blog yang mempunyai masalah lemah jantung, wanita yang hamil dan juga diarrhea yang kronik adalah dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membaca entry ini. Jika sebarang masalah seperti serangan jantung yang mengejut, terberanak mahupun terkincit di dalam spenda, sila dapatkan rawatan doktor dgn kadar yang segera. Harap maklum.

10. Matsutake Mushroom (RM3,000/lbs)
Tempat ke 10 dimenangi oleh sejenis cendawan. Mende cendawan ni merupakan salah satu elemen penting dalam masakan Jepun. Dia ni agak susa untuk dituai, thats why harga dia segitu rupa. Mende macam ni pon nak 3 hibu hengget ke? Pergh!

9. The Zillion Dollar Frittata (RM3,000)
Makanan termahal di tangga ke 9 jatuh kepada telur omelet nih. Ianya dijual di Le Parker Meridien hotel, New York yang mengandungi 6 bijik telur, sevruga caviar (sejenis telur ikan) dan isi lobster untuk setiap hidangan. Ciput macam tu pun beribu-ribu? Pakai telur denesor gaknye.

8. Serendipity 3 Sundae (RM3,000)
Tangga ke 8 disandang oleh sejenis pencuci mulut. Mende ini telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan telah disenaraikan dalam Guinness Book of World Records sebagai pencuci mulut paling mahal di dunia. Dalam dia kaya dengan ais krim Tahitian vanila bean, vanila Madagascar, dan emas 23karat yang boleh dimakan berserta salah satu coklat yang paling mahal di dunia, Amedei Porceleana. Konfom harga dia akan turun naik ikut harga emas. Tapi kenapa mesti nak makan emas?? Sumpah tak paham.

7. Chocopologie by Knipschildt (RM8,100/lbs)
Tangga ke 7 pula adalah milik sejenis coklat yang lazat dan juga telah dinobatkan sebagai cokelat yang paling mahal di dunia. Coklat truffle buatan tangan ini hanya akan dibuat kalo ada order. Dalamnya mengandungi truffle hitam dan 70% Valrhona koko. Sanggup tak makan bende ni nak buat down payment vios.
6.  Wagyu Steak (RM8,700)
Tangga ke 6 diduduki oleh makanan jenis dedaging iaitu daging lembu. Daging lembu yang paling mahal di dunia adalah jenis daging lembu yang datang dari lembu Wagyu. Lembu dari Jepun ni hanya diberi makan rumput yang terbaik dan juga diberikan rawatan yang terbaik. Itulah sebabnya kenapa harga dia terbaik.

5. Samundri Khazana (RM10,000)
Makanan di tangga ke 5 ini adalah salah satu makanan yang cukup menggamit tekak orang kaya iaitu campuran diantara caviar Beluga, siput laut dan udang galah berserta topping emas 23karat yang boleh di makan. Orang harta betimbun kan, kat tangan dengan peti emas dah penuh ape lagi? Makan plak!

4. Pizza Royale 007 (RM13,000)
Lelongan yang berlaku pada November 19, 2006 berakhir dengan tawaran yang tertinggi oleh peguam Itali Maurizio Morelli mencapai (kira-kira $ 4,200 dalam dolar AS) untuk pizza ini. Kini isi kandugan pizza tersebut masih di bawah pertimbangan The Guinness Book of World Records untuk mengambil rekod bagi menyadang pizza paling mahal didunia kerena bersaing hebat dengan White Truffle Pizza yang dicipta oleh Gordon Ramsay restoran Maze di London.

3. Dansuke Watermelon (RM19,000)
Tembikai kaler hitam ini hanya dapat ditanam di utara pulau Hokkaido, Japan dan secara tradisinya akan memberikan mende ni sebagai hadiah, tanda mata dan sebagainya. Menurut AP, "tembikai hitam jumbo yang dilelong di Jepun rekod $6100, menjadikannya salah satu daripada tembikai paling mahal pernah dijual di negara ini." 19ribu untuk sebijik buah gitu? 

2. Almas Calviar (RM78,000)
1st runner up makanan termahal adalah milik Almas Calviar. Calviar ini berwarna putih dan ia datang dari beluga yang berusia lebih 100 tahun. Ia dijual dalam tin emas 24 karat dalam packaging 100 gram. Outlet yang dikenali sebagai House Cavair & Prunier di London, England menjual sekilo kaviar Almas dalam tin 24 karat emas £ 16.000, atau kira-kira $ 25,000. Baik bayar duit PTPTN lagi bagus, balance buat gi haji.

1. Huge Italian Truffle (RM675,000)
Maka, dengan ini, makanan yang paling paling paling mahal didunia yang pernah tercatat dalam sejarah di menangi oleh sejenis cendawan dari itali, iaitu Huge Italian Truffle. Cendawan yang asal-usulnya di kawasan Langhe rantau Piedmont di utara Itali ini boleh mencapai 12 cm diameter dan 500g. Cendawan ini dijual pada harga yang menakjubkan iaitu $1350 - $2700 per paun. Harga tertinggi yang pernah direkodkan untuk truffle ini ialah $216,000 hanya untuk 1.5kg oleh Stanley Ho, seorang pemilik kasino dari Macao pada Desember 2007. *Juling aku tengok harga dia! Macam makan 3 bijik rumah teres 2 tingkat 22x75

Nota Bawah: Aku macam teringin sangat nak tau, yang dieorang makan emas tu kan, nanti berak kua emas gak ke ek? Dahsyat ayam tol!



Source:

1 comment:

Anonymous said...

tambah tambah ilmu dipagi hari :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...