Sebelum ni dengan bangga nya aku mempromote Johor dalam entry Legoland Pertama di Asia, ini kali lagilah oh... sukar untuk aku lafazkan dengan kata-kata kerana ke-gah-han nya sangat mengejekulasi minda, iaitu satu lagi lokasi atau pusat keriangan baru untuk para penduduk bumi iaitu JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO) iaitu another Premium Outlet Shopping®. See? Ke-gah-han nye sampai terpaksa aku type nama dia semua dalam hurop besar seyh, bold lagi.
Apakah menatang Premium Outlet Shopping®?
Pusat membeli-membelah eksklusif yang dimiliki dan dikendalikan oleh Premium Outlets ® di mana pembeli boleh mendapatkan koleksi jenama pereka terkemuka dunia, yang pasti bukan cap ayam, cap itik mahupun koleksi Latipah Sahak.
Ok fine! Tempat Shopping, so kenapa? Ape bezanya dengan tempat lain?
Premium Outlets ® menyajikan brand-brand atau jenama-jenama terbaik diseluruh pelosok alam nyata ni dengan outdoor setting yang unik, dengan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari. (hamek kaw)
Beso tak tempat ni? Bape banyak kedai ade? Jenama ape ade? Bata ade?
So far yang Merepek Ayam dapat kecapi ialah Adidas, Armani, Burberry, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tumi dan banyak lagi lah yang bakal dibuka. Overall kurang lebih 80 outlet. Eh silap, 80 outlets, kene ade s sbb banyak kan. Bata tak sure. Bole tak jgn tanya soklan mintak diludah?
Menatang ayam nih lokasi die kat mane dowh?
Ianya terletak di selatan tanah air, di Kulaijaya berhampiran dengan flyover diantara jalan.. Haa malas lah nak eksplen die kat mane! Tengok je la map bawah ni. huh! Bukan kat blakang rumah ko la yang penting.
Bila dia akan bukak?
Ko tak reti baca tajuk entry ea?
Selain kat Malaysia, kat mana lagi ade Premium Outlets ® ni?
USA, Jepun, Korea, dan Mexico. Malaysia sekaligus menjadi yang pertama di Asia tenggara ade mende ni. *Oh bangga siod!
Mampukah aku?
Ni soklan yang aku tunggu-tunggu. Dengar discount sampai 65% kan. Macam wah! murahnya. Tapi bila pikir-pikir balik jenama-jenama mewah ni kalo kasut kulit laki paling koman pon 3ribu ringgit. Lepas 65% pon still ribu riban lagik. Bagi mereka yang tidur beralaskan susunan duit RM100 tu memang layak ar tempat-tempat cam ni. Abes aku yang nak topap henpon pon tersekat-sekat ni how come? Bole window shopping kot! Harap-harap dorang takde pintu sensor auto detect wallet orang yang banyak habuk je. *Oh habis lah tempat tu nanti penuh dengan anty-anty diva yang berambut besar, pengang handbag kat lengan, shades besar mengenjar, yang pipinya tegang semacam seperti ada sesuatu didalam.
Ape-ape pon sama-samalah kita bercuti-cuti Malaysia di Johor Bahru, aku sebagai tuan rumah amat berbesar hati menerima kedatangan korang, malah bersedia untuk menjadi pemandu pelancong korang, hahaha..
No comments:
Post a Comment