Hambek ko title entry ni tanak macam mengundang kontrolbesi pulak kan. Haha ok ok saba saba.. Kali ini Merepek Ayam nak gebang sket pasal kerusi urut yang nowadays bersepah-sepah bergelimpangan di celah-celah syoping-syoping kompleks, hyper-hyper market, bawah jambatan, tepi-tepi surau, mahupun di pusat-pusat rekreasi, oh tipu je. Iaitu Rest N Go Station by Gintell.
Syabas kepada Gintell yang dengan jayanya telah meng-vending machine-kan kerusi urut buatan mereka plus khidmat urutan yang cukup memuaskan dan melenakan. Gintell menawarkan harga yang tidak berapa cekik darah iaitu untuk setiap 3 minit servis urutan, anda hanya perlukan not RM1 dan sumbatkan ke tempat insert money di sebelah kanan arm rest kerusi tersebut, dan kerusi tersebut akan menservis anda serta merta.
RM1 = 3minit, RM5 = 15minit, RM10 = 30minit
hmmm... tanda harga dia secara tak langsung menganjing dan menguji matematik korg
Ok, cukup rasenye intro pasal kerusi urut canggih ni, sbb aku cam tak saba nak kaitkan ape yang terlampaunya pasal menatang nih. Kebanyakan kerusi ni letaknya di tengah-tengah syoping kompleks di mana tempat orang lalu lalang sambil bersuka ria. Berbalik kepada sifat semulajadi sebuah kerusi urut, selalunya ia akan mengurut, mengetuk, menggetar, menggoncang, memicit, mensqueeze dan menjentik-jentik bahagian belakang dan kaki korg. Pabila semua proses ni berlaku semasa seseorang duduk di atas kerusi tersebut, mesti korg dapat bayangkan apa yang terjadi kepada org yg duduk diatasnya. Ya betul, seluruh badan org yg duduk itu akan turut bergetar, bergoncang dan sebagainya. Bayangkan je la kan seseorang yg gemar berpakaian seperti menutup ape yang penting je, then mahu mendapatkan servis ini di tengah-tengah org lalu lalang? Tak ke astaghfirullahalazim di buatnya? Kalo macam ni hari-hari, tak yah nak download-download, tgk live je dah.
Bukan itu saja, ini bonus kepada para pervert yang gemar mende-mende macam ni, ada beberapa shoping kompleks yang menempatkan kerusi lampau ni ditengah-tengah antara eskalator naik dan eskalator turun.
tengok tu angle dia.. cukup indah buat penggemar totonan live
haaa.. time turun naik eskalaor adalah angle yang terbaik.
(abaikan si baju biru itu, dia tak bersalah)
Moral of the story, kalo nak jugak dapatkan servis dari kerusi lampau ni, pastikan korg pakai baju yang tebal dan anti gegar. Tak pon korg duduk telungkup je, habis cita..
1 comment:
http://perniagaan4u.blogspot.com/
Post a Comment