Showing posts with label sale ayam. Show all posts
Showing posts with label sale ayam. Show all posts

Wednesday, 15 August 2012

Nasib Kaum Adam Menjelang Raya





P/S: Jap lagi stand by bawakkan paper bag
17 gantang**.




**Tidak termasuk kasut, handbag dan accessories lagi.

Sunday, 12 August 2012

JOM Renovate Muka [Edisi Korea Selatan]



Berjalan-jalan dan jalan-jalan jalan-jalan tiba-tiba aku dan seluruh kru Merepek Ayam yang lain seraya terhenti  berjalan serta merta seketika kerana terlihat satu papan iklan yang OTK! (*Oh Tuhan Ku) Kalau kat Malaysia, di dada-dada jalan, subway-subway, lorong-lorong ceruk mana penuh sarat dengan papan iklan ubat kuatlah dan kopi tambah tenaga batinlah, perapat bagailah, tapi kat Korea Selatan punya version pulak sarat dengan papan iklan...


Mula-mula tak paham, tapi bila tengok gambar sebelum dan selepas nye tu macam dah tau dah.
Iya! Itu dia tradisi turun temurun mereka, *ohtipuje

Menarik! Teringin nak tau berapa harga dia.


Sambung jalan-jalan dan jalan-jalan OH jumpe lagi!


Ya betul, serius.. Mula-mula memang ingatkan slimming center, tapi bila zoom-zoom..


**So amacam? Berminat? Aku ade contact number dorang, pasal harga & discount alaaaa.. Bole cerita nanti. Papehal PM aku kat FB.






Thursday, 12 July 2012

[PROMOTION] The Branded Sale



From 12 Jul 2012 (Thu) - 15 Jul 2012 (Sun)

Jom habiskan duit gaji kita di sini yok! 

Antara jenama-jenama yang terlibat di hari kejadian:

Tommy Hilfiger
Puma
Fcuk
O'neill
Guess
Zara
FTX
Levi's
Hugo Boss
Dockers
Armani Exchange
Fila
DKNY
Calvin Klein
Billabong


kami juga terima hutang:

Berlokasi di:
The Crest, 3 Two Square (Ground Floor), No 2, Jalan 19/1, Petaling Jaya dari 10am sampai 10pm.
 



View Larger Map

[PROMOTION] Chicken Foldover Beli 1 Free 1



 Dari 12 Jul 2012 (Kha) - 25 Jul 2012 (Rab)


Perint gambar/kupon di atas ni dan beli lah 1 Chicken Foldover ala carte dan korang akan dapat seketul lagi yang sama cenggituh.Sah talak diseluruh McD Malaysia kecuali kat Genting dan segala McD airport.


Wednesday, 25 April 2012

Jam Tangan Ber-GPS PERTAMA Di Dunia



JAM TANGAN ANALOG PERTAMA YANG ADA SOLAR GPS DI DUNIA #1

SEIKO ASTRON


Hoi mangkok! Jangan la bayangkan jam ni boleh kuar map dan tolong korang tunjuk arah jalan macam GPS papago korang tu. No no no.. Itu dahsyat sangat tuh! Actually jam ni yang GPS nya ialah dia cam mampu mengadjust sendiri waktu dia tu mengikot lokasi tempat korang berada bersama jam itu. 

Contoh: 
La ni korang berada kat Yong Peng, maka jam tu akan tunjukkan waktu kat Yong Peng lah!
Pastu esoknya PAP! Korang dah tiba di Berlin pakai pintu sesuka hati, maka jam tu pon akan otomatiknya detect setelit kat situ and jarum dia akan berubah dengan sendirinya ikot waktu Berlin tanpa memulas mulas punat adjustment tu.
Pastu hari berikutnya korang loncat ke Puerto Ricco, so jam tu pon otomatik ikot waktu kat sana lah! 
Dan seterusnya.. Selagi setelit kita kat atas nu berfungsi.

Changgih tak? #KBAi

Ada dua jenis pattern je kot kalo tak silap:
Jam ni memang sangat sangat sesuai untuk mereka-mereka yang jenis:
1. Tak sure duit dicipta untuk apa.
2. Breakfast kat Changlun, lunch kat Dubai, dinner kat Canada, supper kat Israel.
3. Jam-freak.
4. Pemilik rumah 1.2 million ke atas.
5. Bukan aku.

Harga kat Jepun: JPY 152,250 - 210,000
≈ RM 8,000
Masuk Malaysia je harga dia jadi RM#kbai



info

Thursday, 1 December 2011

Johor Premium Outlet (J.P.O) THE BEST!



Continue daripada entry sebelum ni iaitu "Johor Premium Outlet Grand Opening on 02 Dec 2011" yang katanya akan dibuka secara grand pada esok (02/12/2011). Tapi aku hari ini (01/12/2011) dah pergi dah, how come? Haha.. Berbekalkan semangat cintakan JB, sempat aku terjah seketika untuk membuat liputan ringkas mengenai tempat yang dahsyat ini. Sebelum itu aku nak mintak mahap sesangat sebab henpon aku terlalu mahal harga dia, sebab tu hasil gambar yang diambil dari kamera henpon mahal tersebut tersangat lah cantek! Dah la snappy time nak magrib kan, haaa memang dahsyat lah gambar-gambar dia!

* macam biasa lah sebelum masuk dah tak reti-reti ke amik tiket paking otopay

* langkahan pertama aku nampak food court dulu (sebab aku tengah lapar kot time nih, hahha)

Ok ni dia senarai outlet yang sudah complete dibuka rapi buat para pengunjung berduit, antaranya..


Banyak lagi sebenarnya yang aku tak sempat snap, bukan ape, tiap kali aku snap ade je mata-mata yang tengok aku macam aku ni takde duit, siod je, lantak ar! Aku buat je muka every month gaji 14ribu.
Anyway banyak lagi outlet-outlet yang under construction macam Versace, tah ape tah lagi yang aku pon tak tau nak sebot omputih dia. So korang perasan kan? Konsepnya dorang buat macam ala-ala satu village atau macam satu pusat khas la untuk para penggiat fesyen, yang jenis tak boleh kua rumah kalo dekat badan tak tercalit Guchi, El Vi, mahupon Dolceh dan Gabana. Disini korang bole berpakaian se-high fesyen mana yang korang suka, sebab tadi pon aku terperasan ade sorang amoi cun ni pakai baju pergh! Tyra Banks pon tak sanggup pakai cenggituh.

FYI, se-Mat Salleh mane pon tempat tu kalo dah namanya kat Malaysia kan, so mesti ade elemen-elemen keMalaysiaan punya lah. Ce tengok nih. Kan?! <3 Malaysia.

* Malaysia pon Malaysia la, tapi nape nama dia dahsyat sampai cenggitu sekali, *aduh!

Bila tengok outlet ni teringat pulak kat member aku yang sekarang nih kat Jermen sana, nah! Reimy, ini untok kaw~~

Tendency untuk korang sesat tu memang ada lah kalo korang jenis masuk tak baca bismillah. Tapi jangan risao, menatang ayam ni akan nolong korang di saat kecemasan.
* Hey papan tanda, say hello to my reader, come on!

Ade satu tempat ni membuatkan aku agak tercuit hati pabila melihat perbezaan diantara.......

* Papan tanda harga yang nampak dari jauh,

dengan..


* Tanda harga sebenar
* Hmmmm... Mencabar napsu, matematik dan naluri

* arkitek dia mungkin orang yang sama dengan arkitek yang buat Jam dataran


Ok dah lah, letih la mengapload gambar-gambar ni. Senang cita korang datang je la, tak rugi, tak beli pon takpe, stand by duit bayar paking jeh. Tak tau la, perasaan gerun nak masuk kedai-kedai seperti Burberry Armani tu masih lagi kuat bergetar dalam nadi. Hahha.. tengok dari lua je lah! So korang yang ada konfiden menggunung tu ini lah tempat yang paling sesuai untuk korang, akhir kata dari aku, jom ke JB!


*Boleh abaikan gambar ini kalo mahu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...