"Alamak, harini aku tak boleh puasa lah, sebab aku terlupa nak sahor." Inilah salah satu statement faveret rakyat jelata kat tanah air ni. Sebelum aku datang kat engko lempang sampai bisu meh kita pakat sama-sama dok baca artikel yang aku copy paste dari Yahoo Malaysia nih.
Terdapat beberapa menu makanan yang baik untuk anda ketika bulan puasa!
Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus
melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga
perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk
proses penghadaman.
Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan
gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan
memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal
akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu
anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti
kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu
tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.
Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu
berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya
antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika
bersahur.
Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus
dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh
dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma
adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau
galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.