Showing posts with label facebook ayam. Show all posts
Showing posts with label facebook ayam. Show all posts

Tuesday, 14 August 2012

Perasaan Yang PERASAN Ketika Update Status






Dengan harapan orang akan ...



Wah!! Hebatnye dia ni!! Sahur makan camtu je? Sihat nye.. Boleh tahan ke puasa nanti? Pergh dahsyat! Kene like banyak-banyak nih!




Hakikatnya orang ...





Derr.. Tolonglah!! Tu pon nak bagitahu..



Saturday, 12 May 2012

Tips Kuruskan Badan PALING Kreatif Abad ke-20



PERINGATAN: Tektik ini hanya sesuai diguna pakai untuk orang biasa-biasa sederhana SAHAJA. Langsung tidak sesuai untuk anak-anak tokey balak, payslip 5 angka ke atas sebulan, duit bertaburan kat dalam rumah, tokey kedai emas, pemilik rumah 1.1M ke atas dan yang sejenis dengannya.



Dah bermacam-macam jenis tips kuruskan badan dah aku pernah sharing is caringkan dengan korang dalam Merepek Ayam nih. Tinggal korang je nak pilih hok mana, hok yang ni pulak setakat ni antara yang paling masuk akal lah, tak lah semerepek tips yang nih. (klik sini)

Cam pernah tak bila korang tengok cermin korang rasa cam bilalah raksaksa dalam cermin tu nak jadik macam yang kat dalam cover magazine??!! Terjuir sana, tergelembung sini, berlipat situ, membengkak sana. Siap ade je anggota badan yang kalo kita try lompat skali tapi die boleh bergoyang lebih dari sekali. Lagi menyedihkan bila kita angkat tangan nak babaikan sape-sape, bukan stakat tapak tangan je yang melambai, lengan pon turut berhayun ke sana ke mari. Retak hati. Lalu lantas bermonolog dalaman: "Aku nak diet! Aku nak jogging! Aku nak pegi Gym! Aku bertekad nak kuruskan badan!! Aku akan stat petang ni jugok!" Jerit dalam hati.

Yup! Semangat dah membakar nih. Tapi sebelum pegi melaksanakan ape yang ditekadkan itu tadi, online la kejap, nak update status. Tiba-tiba nampak pulak member post benda best kat wall. *Klik dan layaann. Tiba-tiba nampak plak orang post entry klakor kat news feed. *Klik dan layaann. Ish! Merepek Ayam ade entry baru! *Klik dan layaann. EH! Video Klip artis tu tak silap aku dah kuar! *Youtube dan layaann. Eh! Malas pulak la nak jogging-jogging nih, dah petang sangat lah! Esok la.

Esok lusa tulat julat perkara *Klik dan layaann berulang dan berulang. 5 bulan kemudian, cubaan untuk melihat fizikal dihadapan cermin dijalankan semula. Tiba-tiba..

KRAK!
#kbai

TIPS:

Ye! Aku paham! Memang susah nak atasi masalah ini. Apa yang dijeritkan di dalam naluri kadang-kadang terlalu berat untuk kita kecapinya disebabkan faktor-faktor persekitaran dan sekeliling kita. Di sini suka aku nak share SATU CARA yang boleh membuatkan kita akan lebih termotivasi untuk commit dengan ape yang kita jeritkan dalam jiwa itu tadi. Sebelum itu suka aku ingatkan dulu, baca balik PERINGATAN dekat atas nuh, sebab tips ni hanya sesuai untuk golongan yang biase-biasa macam aku ni je ha.

STEP 1: Pastikan Gaji Kita Taklah Beso Mana.
Yup! Kalo gaji beso bagak, tips ni tak sesuai dengan korang.
Kalo gaji korang beso silalah proceed carik tips kat blog lain kerana ini bukan untuk anda.

STEP 2: Apply Kad Kredit.
Korang kene apply mana-mana credit card dulu. Gasak korang lah bank mana, HongLiong Bank ke, Bank of India ke, Bank of Krap ke terserah.

STEP 3: Register Kat Mana-mana Gym Center / Fitness Center Yang Mahal.
Lepas kad kredit korang dah di approved, teros ke mana-mana tempat gym yang mahal itu, register dan bayar pakai kad kredit itu. Yuran keahlian untuk gym mestilah RM1,000 ke atas, dan tolong jangan bayar pakai cash.


Dengan cara ini, korang akan rasa komitmen untuk membayar bulan-bulan dengan interest tah ape bagai lagi. So bila korang dah invest sejumlah amount yang besar itu. Setiap kali yang korang rasa "Alah malas lah, esok lah!" akan bertukar menjadi "Aduh! Nak tanak aku mesti kene pegi nih! Dah la mahal! Hutang plak tuh! Rugi tak pegi! Arrggh!!"



Good Luck!



Tuesday, 8 May 2012

Bukti FB Timeline Dibenci & Dikeji



Kehadapan Facebook yang disayangi dan dijulangi,

Seperti yang aku pernah carutkan sebelum ini dalam entry BENCHI Profile Timeline FB Yang Bongok Ayam [BANGKANG!], memang bukti dah jelas nyata depan mata. Pada suatu malam yang hambar ni, aku sebenarnya tengah sangap dok carik cara-cara nak fameskan blog, tetibe baru je type HOW TO dia dah kua tuhhh!! (refer figure below). See!!!! Aku da cakap, ko memang degil macam keldai! Takde, sekarang aku nak balik profile aku jadik macam yang lama. Tak sanggop hidup menjulingkan mata ngadap timeline ngko yang macam chelaka tuh! Aku bagi ko masa sebulan dari sekarang. Kalo tak, ko tau lah nasib kau!


Ko ingat engko biru ngko dah bagos?! **PTUIH!!




"Berkhidmat Untuk Masyarakat Internet!"

Yang Sedih Marah dan Gundah,
FB:  MerpekAyam

Sunday, 8 April 2012

BENCHI Profile Timeline FB Yang Bongok Ayam [BANGKANG!]



Aku dan crew Merepek Ayam membangkang habis-habisan PROFILE FB BARU KONON CHANGGEH itu.




KAMI MAHU YANG VERSION LAMAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!

#KBAI!

Saturday, 10 March 2012

Facebook Gaya Terdesak



Ini adalah khas untuk pengguna-pengguna laman web sosiyal Facebook yang mana tetikus atau mouse mereka dah terbarai takdak spare, tak pon touch pad dia dah hilang daya sensor, diikuti button right-left click dia semuanya ranap! Oh hidupnya sedih lah senang cita. Sini Merepek Ayam mahu share shortcut key untuk memudahkan keadaan korang yang menyedihkan itu.


Hah? Ape? Keypad pulak rosak jugak? Hmm.. Ok, cuba try letak laptop atau computer korang tu kat tengah highway PLUS. Tunggu trellar lalu. Try Try.

Monday, 20 February 2012

Cara Paling Stylo Nak Dapat Duit Dari Facebook




Tips daripada Merepek Ayam kali ini pula ialah cara-cara yang paling-paling gampang sekali untuk mendapat duit $$$ daripada facebook. Oh silalah like cepat-cepat! Duit tuuu.. Aum aumm..!

Step 1:
Bermula dengan skrin facebook korang, tak kira lah korang nak start dari homepage korang ke, profile page korang ke, profile cucu angkat jiran nko ke, gasak nko. Tapi kalo aku, aku lebih prefer bermula daripada profile page sendirik.

Step 2:
Kelik butang yang ade arrow ke bawah tu, hok sebelah home nu. (Atas sekali belah kanan)

Step 3:
Kelik perkataan "Log Out" seperti yang tertera di gambarajah bawah ni.

Step 4: 
Tunggu sehingga skrin menjadi seperti dibawah ini.

Step 5:
Once skrin korang telah bertukar menjadi seperti yang dijelaskan kat step 4 di atas, lantas korang kelik bebutang "Start" dan pilih button "Shut Down" atau "Turn Off".

Step 6:
Setelah selesai PC or Laptop or iPad or ape jenis menatang gejet pon lah yang korang pakai, teruslah korang bersiap-siap pakai changgih-changgih gi carik kerja kat luar sana!
Yang dah memang ade kerja tu gi la OT ke amik upah tolong orang goreng keropok lekor ke, gasak korang lah.


Haaa.. Insyaallah dengan izin tuhan korang akan dapat jugak duit $$$ yang korang nak tadih tuh! OK?





Gua chow dlu.

Thursday, 26 January 2012

Rahsia 4 Angka Terakhir IC Korang



Tahukah korang bahawa nombor IC korang tersembunyi satu nama misteri? Apa? tak paham. Ok jap aku tukar ayat.
Tahukah korang bahawa ada tersembunyinya satu nama misteri disebalik nombor IC korang?

Nak tahu? Bukak korang punya Fesbook sekarang. Then..

Ikuti lelangkah berikut:

1. Jika IC number korang telah ditakdirkan menjadi 550106-12-5821
   Ambil 4 digit paling belakang je iaitu 5821

 Contoh example:

2. Copy Paste simbol-simbol berikut di bahagian komen dan tukarkan kepada 4 nombor belakang IC korang.
   
   Contoh, @*[5821:0 ]

   Ingat! kat bahagian komen je tau! Jangan nak gedik pi paste kat update status la gampang ape lah..

3. Delete tanda *, yang lain remain.

4. Bismillahirrahmanirrahim.. [ENTER]

5. Tengok nama apa yang keluar!


Nervous seyh nak tau siapa nama misteri akuh!

~happy trying~


Thursday, 15 December 2011

Simbol-Simbol Best Facebook




Tadi, baru je tadik, cam dalam 2 3 minit yang lepas.. ke 5 6 minit tah, aku ade lah dok chatting dgn beberapa fesbook chatter nih, main send-send emoticon-emoticon je sebab masing-masing dah speechless kan, dan ade yang sungguh jeles sebab aku bole buat macam-macam simbol yang setailo-setailo, sedangkan dia hanya tahu yang super basic smiley je, hahhaha... (gelak aku). Takpe hari ni aku ajar k? Senang je. Yang dah tau tu jangan nak yek elleh Shuffix, benda ni dah basi kot! Suke aku la blog aku. Oh sadis nye ayat aku.


Jom chatting!!


sorry ea juju terkutuk ko sket, kah3..

Wednesday, 9 November 2011

Jenis-jenis Makhluk Dalam FB



Yang mana satukah sifat² semulajadi korang? Atau mungkin 2, 3.. atau kesemuanya?
Moh pilih2..

1. MODEL ↓
Gasak tukar gambar setiap saat

2. PENJENAYAH ↓
Tukar nama setiap hari


3. OVER ACTING @ PERASAN BAGUS ↓
Namanya menggunakan simbol² tah hape-hape sehingga menyusahkan kwn² nak cari korang terutamanya ketika kecemasan (Contoh - 71M@T = Jimat, 6T = Nanti)

4. WARTAWAN ↓
Suka menyebarkan pesanan, walaupun tak penting !

5. PENGGANAS ↓
Suka menyebarkan link² yang what the f*** (contoh : sila sebarkan pesanan ini jika tidak anda akan ditimpa kesusahan, bencana, masuk neraka, dsb)

6. BINTANG FILEM ↓
Suka update status setiap 5 minit

7. BINGUNG ↓
Tidak dapat membezakan ruang untuk wall post atau comment -.-’

8. PERASAN HEBAT ↓
Selalu melaporkan dimana lokasi semasa setiap masa ! Contoh ( otw ke Mydin Mall ) kemudian ( di Mydin Mall shopping jap ) kemudian ( karaoke di Mydin Mall ) bla..bla..bla.. Semuanya berlaku dlm 1 jam.Memang mintak pelempang

9. BUDAK HINGUSAN ↓
Selalu menampilkan gambar dgn gaya kunun² cute! *oh muntah (contohnya amek gmbr dgn mulut terbuka luas, kembung² kan pipi, juling² mata, dan yang paling fehmes, amek gambar dari angle atas dengan harapan nampak kurus dan hott)

10. SHOWOFF ↓
Nak makan pun siap ambil gambar dulu dan dibuat pic profile.




*Lampirkan jawapan korang dalam ruangan komen di bawah dengan menaip:
"Kepada Merepek Ayam, dengan lafaz takzimnya dengan ini saya __(nama fehmes korg)__ mengaku bahawa saya tergolong dalam makhluk FB jenis nombor __(no 1~10)__ dan saya sangat bangga dengan sifat semulajadi saya itu. Bukan saya minta untuk dilahirkan sebegini. Terimalah diriku seadanya. Sekian."



Ilham dari echa! =)

Monday, 7 November 2011

Short form trend



Chat Room:
Abu: Hoi Senah, aku da dapat da pix ko aritu, tapi knapa B&W?
Senah: B&W ar style dowh, daripada yang Eton bagi tu lagi la omg, macam gampang, LOL!
Abu: Ish ko ni, tak baik kutok Eton, dia bukan ke bff ko? LMFAO!
Senah: Bff? WTF? Tak kuase aku ok!
Abu: ROTFL!!!! ok ok nuff..
Senah: Hoi, k ar aku da nak off9 ni.. TTYL.
Abu: Ok ar, txt aku kalo ade pape hal.. bye

Dialog diatas adalah contoh conversation yang ada menggunakan beberapa perkataan short form yang tgh gila trend sekarang ni, tak kira lah kat chatroom ke, sms ke, email ke, bbm ke, whatsapp ke, tah semua-semua lah. Ada juga diantara mereka yang guna short form-short form tersebut sbb nak nmpak trendy je, tapi maksud dia haram tak tau, termasuklah aku. Yerk ar! Sumpah teacher aku takde ajar pon mende-mende gini kot. So haruslah aku tak tau kan. Kepada mereka yang darah celup mak salleh yang dah tau pasal term-term ni, korg bole shut down komputer/laptop korg sekarang, sbb korg da superb kan. Syuh syuh! This entry not so suitable for you dude! Haha.. yang lain-lain yang nak tau tu meh sini aku gebang sket.

Pix - singkatan untuk perkataan picture
B&W - black and white
OMG - oh my god
LOL - laughing out loud
Bff - best friend forever
LMFAO - laughing my f***ing ass out
WTF - what the f***
ROTFL - rolling on the floor laughing
Nuff - enough
Off9 - offline
TTYL - talk to you later

Study lah bende-bende ni dengan lebih lanjut agar tidak ketinggalan zaman di http://www.internetslang.com/



Entry ini diilhamkan oleh : Raymie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...