PERINGATAN: Tektik ini hanya sesuai diguna pakai untuk orang biasa-biasa sederhana SAHAJA. Langsung tidak sesuai untuk anak-anak tokey balak, payslip 5 angka ke atas sebulan, duit bertaburan kat dalam rumah, tokey kedai emas, pemilik rumah 1.1M ke atas dan yang sejenis dengannya.
Dah bermacam-macam jenis tips kuruskan badan dah aku pernah sharing is caringkan dengan korang dalam Merepek Ayam nih. Tinggal korang je nak pilih hok mana, hok yang ni pulak setakat ni antara yang paling masuk akal lah, tak lah semerepek tips yang nih. (klik sini)
Cam pernah tak bila korang tengok cermin korang rasa cam bilalah raksaksa dalam cermin tu nak jadik macam yang kat dalam cover magazine??!! Terjuir sana, tergelembung sini, berlipat situ, membengkak sana. Siap ade je anggota badan yang kalo kita try lompat skali tapi die boleh bergoyang lebih dari sekali. Lagi menyedihkan bila kita angkat tangan nak babaikan sape-sape, bukan stakat tapak tangan je yang melambai, lengan pon turut berhayun ke sana ke mari. Retak hati. Lalu lantas bermonolog dalaman: "Aku nak diet! Aku nak jogging! Aku nak pegi Gym! Aku bertekad nak kuruskan badan!! Aku akan stat petang ni jugok!" Jerit dalam hati.
Yup! Semangat dah membakar nih. Tapi sebelum pegi melaksanakan ape yang ditekadkan itu tadi, online la kejap, nak update status. Tiba-tiba nampak pulak member post benda best kat wall. *Klik dan layaann. Tiba-tiba nampak plak orang post entry klakor kat news feed. *Klik dan layaann. Ish! Merepek Ayam ade entry baru! *Klik dan layaann. EH! Video Klip artis tu tak silap aku dah kuar! *Youtube dan layaann. Eh! Malas pulak la nak jogging-jogging nih, dah petang sangat lah! Esok la.
Esok lusa tulat julat perkara *Klik dan layaann berulang dan berulang. 5 bulan kemudian, cubaan untuk melihat fizikal dihadapan cermin dijalankan semula. Tiba-tiba..
KRAK!
#kbai
TIPS:
Ye! Aku paham! Memang susah nak atasi masalah ini. Apa yang dijeritkan di dalam naluri kadang-kadang terlalu berat untuk kita kecapinya disebabkan faktor-faktor persekitaran dan sekeliling kita. Di sini suka aku nak share SATU CARA yang boleh membuatkan kita akan lebih termotivasi untuk commit dengan ape yang kita jeritkan dalam jiwa itu tadi. Sebelum itu suka aku ingatkan dulu, baca balik PERINGATAN dekat atas nuh, sebab tips ni hanya sesuai untuk golongan yang biase-biasa macam aku ni je ha.
STEP 1: Pastikan Gaji Kita Taklah Beso Mana.
Yup! Kalo gaji beso bagak, tips ni tak sesuai dengan korang.
Kalo gaji korang beso silalah proceed carik tips kat blog lain kerana ini bukan untuk anda.
STEP 2: Apply Kad Kredit.
Korang kene apply mana-mana credit card dulu. Gasak korang lah bank mana, HongLiong Bank ke, Bank of India ke, Bank of Krap ke terserah.
STEP 3: Register Kat Mana-mana Gym Center / Fitness Center Yang Mahal.
Lepas kad kredit korang dah di approved, teros ke mana-mana tempat gym yang mahal itu, register dan bayar pakai kad kredit itu. Yuran keahlian untuk gym mestilah RM1,000 ke atas, dan tolong jangan bayar pakai cash.
Dengan cara ini, korang akan rasa komitmen untuk membayar bulan-bulan dengan interest tah ape bagai lagi. So bila korang dah invest sejumlah amount yang besar itu. Setiap kali yang korang rasa "Alah malas lah, esok lah!" akan bertukar menjadi "Aduh! Nak tanak aku mesti kene pegi nih! Dah la mahal! Hutang plak tuh! Rugi tak pegi! Arrggh!!"
Good Luck!
No comments:
Post a Comment