Showing posts with label tips ayam. Show all posts
Showing posts with label tips ayam. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Kereta Rosak




Aku tau, memang sangat stress dan tensyen bila kereta yang kita pandu, yang kita sayang, yang kita selalu hantar cuci sepuluh ringgit tu tetibe tak boleh jalan, rosak kat tengah-tengah dunia. Kalo jalan  memang lengang takpe, kalo tengah-tengah trafik jem? Tanak macam berkilo-kilo kan carutan korang dapat dalam pelbagai bahasa & budaya. 

Tapi OK kot, korang patut happy dan bersyukur ke hadrat ilahi tau kalo ditakdirkan kereta korang pengsan kat tengah jalan, nak tau sebab ape?

Sekarang aku bagi pilihan, mana satu korang nak:
1. Nak kereta korang rosak terberhenti tak boleh jalan ke; 
2. Nak kereta korang rosak tak boleh nak berhenti jalan?

Ha! Tau takot.

"So enjoy-enjoykan lah diri ketika kereta rosak ditengah jalan!"
-(MerepekAyam, 2012)


Saturday, 22 September 2012

Passwords Paling Worst



Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikan 25 passwords yang tertop, yang diilhamkan oleh maknusia-maknusia yang malas nak pikir nak ingat password. Dan golongan ini jugaklah antara yang paling digemari para hackers untuk dijadikan mangsa, hahaha. Padan muka.

1. password
2. 123456
3. 12345678
4. qwerty
5. abc123
6. monkey
7. 1234567
8. letmein
9. trustno1
10. dragon
11. baseball
12. 111111
13. iloveyou
14. master
15. sunshine
16. ashley
17. bailey
18. passwOrd
19. shadow
20. 123123
21. 654321
22. superman
23. qazwsx
24. michael
25. football

Information daripada seorang data scientist iaitu Nick Berry, founder Data Genetics, Seattle technology consultancy, dia mendapati bahawa maknusia kini semakin pemalas untuk berimaginasi when it comes to passwords, mereka lebih suka hentam buta dengan memilih passwords yang semua orang tau. Mana taknya hampir 11% daripada 3.4 million 4-digit passwords dia dapati adalah 1234. Kedua paling popular pulak ialah 1111 (6% of passwords), diikuti dengan 0000 (2%).



SATU LAGI STATEMEN BELIAU YANG MENYEBABKAN AKU SEDIKIT TERSENTAK!

"People use years, date of birth — it's a monumentally stupid thing to do because, if you lose your wallet, your driver's license is in there. If someone finds it, they've got the date of birth on there. At least use a parent's date of birth [as a password],"

Pergh! Rupanya pemilihan passwords berdasarkan tarikh lahir jugak merupakan amalan yang tidak sihat. Menurut beliau, kebanyakan password yang biasa digunakan adalah sudah tentu, tarikh:~ hari lahir, ulang tahun, tahun kelahiran, dan lain-lain. Kalo korang nak tahu, dengan menggunakan tahun, bermula dengan 19__, ini sangatlah membantu orang yang nak crack atau hack itu lebih mudah untuk predict. Analisis beliau menunjukkan bahawa setiap gabungan 19__ tunggal ditemui lebih daripada 20% daripada dataset.



Komen Merepek Ayam: Kalo hacker tu jumpa kad ATM aku dan dapat hack password aku, konfirm dia akan frust bunuh diri setelah bertungkus lumus mendapatkan duit dalam tu. =D


source

Sunday, 12 August 2012

JOM Renovate Muka [Edisi Korea Selatan]



Berjalan-jalan dan jalan-jalan jalan-jalan tiba-tiba aku dan seluruh kru Merepek Ayam yang lain seraya terhenti  berjalan serta merta seketika kerana terlihat satu papan iklan yang OTK! (*Oh Tuhan Ku) Kalau kat Malaysia, di dada-dada jalan, subway-subway, lorong-lorong ceruk mana penuh sarat dengan papan iklan ubat kuatlah dan kopi tambah tenaga batinlah, perapat bagailah, tapi kat Korea Selatan punya version pulak sarat dengan papan iklan...


Mula-mula tak paham, tapi bila tengok gambar sebelum dan selepas nye tu macam dah tau dah.
Iya! Itu dia tradisi turun temurun mereka, *ohtipuje

Menarik! Teringin nak tau berapa harga dia.


Sambung jalan-jalan dan jalan-jalan OH jumpe lagi!


Ya betul, serius.. Mula-mula memang ingatkan slimming center, tapi bila zoom-zoom..


**So amacam? Berminat? Aku ade contact number dorang, pasal harga & discount alaaaa.. Bole cerita nanti. Papehal PM aku kat FB.






Wednesday, 8 August 2012

Ayat Paling Keji Tahun 2012



Ketika berada di majlis perkahwinan saudara-mara ke sepupu sepapat sahabat handai ke, mahupun adik beradik, perkara yang paling perlu kita elak kan adalah mendekati pakcik-pakcik kecoh, makcik-makcik busy body as well as atok-atok kepoh. Jika korang ingkar dengan perintah ini, maka habislah korang akan dicuit oleh spesis ini lalu bisik lah akan mereka ini kat telinga korang... "LEPAS NI NKO LAH! HAHA.."


Maka korang pon akan lantas terasa sangat tak best, tekanan, hormone imbalance dan sebagai-bagainya. Oh benci! Tapi takpe, kru Merepek Ayam dan jugak diri aku sendiri juga turut memahami perasaan itu, you are not alone, ok. So ape yang aku nak gebangkan harini ialah kita perlu membalas perbuatan mereka itu, supaya mereka boleh rasa ape yang kita rasa tatkala mereka mengungkapkan ayat azimat tersebut! Secara tak langsung Merepek Ayam harini mengumumkan ayat paling keji untuk tahun 2012 ialah "LEPAS NI NKO LAH! HAHA.." effective from today 9 Ogos 2012. 

Cara membalas dendam (bukan nak kuajo, just nak bagi mereka rasa ape yang kita rasa, LOL)

Korang kene hapal ayat azimat itu dalam otak dan permanent install terus dalam memory otak korang. Korang kene ambik peluang untuk hadir dalam majlis kenduri arwah sedara mara ke, majlis pengkebumian ke, apabila korang terserampak je makhluk-makhluk yang dok cuit korang kat kenduri kawin haritu, terus cuit dorang balik macam mana dorang cuit korang that day lantas bisikkan kata-kata azimat tersebut ditelinganya. 

BINGO!

Saturday, 12 May 2012

Tips Kuruskan Badan PALING Kreatif Abad ke-20



PERINGATAN: Tektik ini hanya sesuai diguna pakai untuk orang biasa-biasa sederhana SAHAJA. Langsung tidak sesuai untuk anak-anak tokey balak, payslip 5 angka ke atas sebulan, duit bertaburan kat dalam rumah, tokey kedai emas, pemilik rumah 1.1M ke atas dan yang sejenis dengannya.



Dah bermacam-macam jenis tips kuruskan badan dah aku pernah sharing is caringkan dengan korang dalam Merepek Ayam nih. Tinggal korang je nak pilih hok mana, hok yang ni pulak setakat ni antara yang paling masuk akal lah, tak lah semerepek tips yang nih. (klik sini)

Cam pernah tak bila korang tengok cermin korang rasa cam bilalah raksaksa dalam cermin tu nak jadik macam yang kat dalam cover magazine??!! Terjuir sana, tergelembung sini, berlipat situ, membengkak sana. Siap ade je anggota badan yang kalo kita try lompat skali tapi die boleh bergoyang lebih dari sekali. Lagi menyedihkan bila kita angkat tangan nak babaikan sape-sape, bukan stakat tapak tangan je yang melambai, lengan pon turut berhayun ke sana ke mari. Retak hati. Lalu lantas bermonolog dalaman: "Aku nak diet! Aku nak jogging! Aku nak pegi Gym! Aku bertekad nak kuruskan badan!! Aku akan stat petang ni jugok!" Jerit dalam hati.

Yup! Semangat dah membakar nih. Tapi sebelum pegi melaksanakan ape yang ditekadkan itu tadi, online la kejap, nak update status. Tiba-tiba nampak pulak member post benda best kat wall. *Klik dan layaann. Tiba-tiba nampak plak orang post entry klakor kat news feed. *Klik dan layaann. Ish! Merepek Ayam ade entry baru! *Klik dan layaann. EH! Video Klip artis tu tak silap aku dah kuar! *Youtube dan layaann. Eh! Malas pulak la nak jogging-jogging nih, dah petang sangat lah! Esok la.

Esok lusa tulat julat perkara *Klik dan layaann berulang dan berulang. 5 bulan kemudian, cubaan untuk melihat fizikal dihadapan cermin dijalankan semula. Tiba-tiba..

KRAK!
#kbai

TIPS:

Ye! Aku paham! Memang susah nak atasi masalah ini. Apa yang dijeritkan di dalam naluri kadang-kadang terlalu berat untuk kita kecapinya disebabkan faktor-faktor persekitaran dan sekeliling kita. Di sini suka aku nak share SATU CARA yang boleh membuatkan kita akan lebih termotivasi untuk commit dengan ape yang kita jeritkan dalam jiwa itu tadi. Sebelum itu suka aku ingatkan dulu, baca balik PERINGATAN dekat atas nuh, sebab tips ni hanya sesuai untuk golongan yang biase-biasa macam aku ni je ha.

STEP 1: Pastikan Gaji Kita Taklah Beso Mana.
Yup! Kalo gaji beso bagak, tips ni tak sesuai dengan korang.
Kalo gaji korang beso silalah proceed carik tips kat blog lain kerana ini bukan untuk anda.

STEP 2: Apply Kad Kredit.
Korang kene apply mana-mana credit card dulu. Gasak korang lah bank mana, HongLiong Bank ke, Bank of India ke, Bank of Krap ke terserah.

STEP 3: Register Kat Mana-mana Gym Center / Fitness Center Yang Mahal.
Lepas kad kredit korang dah di approved, teros ke mana-mana tempat gym yang mahal itu, register dan bayar pakai kad kredit itu. Yuran keahlian untuk gym mestilah RM1,000 ke atas, dan tolong jangan bayar pakai cash.


Dengan cara ini, korang akan rasa komitmen untuk membayar bulan-bulan dengan interest tah ape bagai lagi. So bila korang dah invest sejumlah amount yang besar itu. Setiap kali yang korang rasa "Alah malas lah, esok lah!" akan bertukar menjadi "Aduh! Nak tanak aku mesti kene pegi nih! Dah la mahal! Hutang plak tuh! Rugi tak pegi! Arrggh!!"



Good Luck!



Saturday, 17 March 2012

Ini Zaman Kecantikan Plastik Digital



Sedikit penjelasan dan jawapan untuk entry Penipuan Era Masa Kini.


GUYS!!


SAY NO & F***ING GOODBYE TO:


PLASTIC SURGERY, STUPID BOTOX, ETC..

U know why?
 Because we have this lor..




 (X) Not HURT
 (X) Not EXPENSIVE
(X) Not DANGEROUS




Trust me.. You'll feel like Plastic. Yet its FUN yaw!!
LOOK!!! I'm PLASTICIZED!




The result don't lie.

credit to: ryzal

Saturday, 10 March 2012

Facebook Gaya Terdesak



Ini adalah khas untuk pengguna-pengguna laman web sosiyal Facebook yang mana tetikus atau mouse mereka dah terbarai takdak spare, tak pon touch pad dia dah hilang daya sensor, diikuti button right-left click dia semuanya ranap! Oh hidupnya sedih lah senang cita. Sini Merepek Ayam mahu share shortcut key untuk memudahkan keadaan korang yang menyedihkan itu.


Hah? Ape? Keypad pulak rosak jugak? Hmm.. Ok, cuba try letak laptop atau computer korang tu kat tengah highway PLUS. Tunggu trellar lalu. Try Try.

Monday, 20 February 2012

Cara Paling Stylo Nak Dapat Duit Dari Facebook




Tips daripada Merepek Ayam kali ini pula ialah cara-cara yang paling-paling gampang sekali untuk mendapat duit $$$ daripada facebook. Oh silalah like cepat-cepat! Duit tuuu.. Aum aumm..!

Step 1:
Bermula dengan skrin facebook korang, tak kira lah korang nak start dari homepage korang ke, profile page korang ke, profile cucu angkat jiran nko ke, gasak nko. Tapi kalo aku, aku lebih prefer bermula daripada profile page sendirik.

Step 2:
Kelik butang yang ade arrow ke bawah tu, hok sebelah home nu. (Atas sekali belah kanan)

Step 3:
Kelik perkataan "Log Out" seperti yang tertera di gambarajah bawah ni.

Step 4: 
Tunggu sehingga skrin menjadi seperti dibawah ini.

Step 5:
Once skrin korang telah bertukar menjadi seperti yang dijelaskan kat step 4 di atas, lantas korang kelik bebutang "Start" dan pilih button "Shut Down" atau "Turn Off".

Step 6:
Setelah selesai PC or Laptop or iPad or ape jenis menatang gejet pon lah yang korang pakai, teruslah korang bersiap-siap pakai changgih-changgih gi carik kerja kat luar sana!
Yang dah memang ade kerja tu gi la OT ke amik upah tolong orang goreng keropok lekor ke, gasak korang lah.


Haaa.. Insyaallah dengan izin tuhan korang akan dapat jugak duit $$$ yang korang nak tadih tuh! OK?





Gua chow dlu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...