Showing posts with label gadget ayam. Show all posts
Showing posts with label gadget ayam. Show all posts

Saturday, 27 October 2012

Seiko LandMaster Special Edition [MIURA 2013]




MIURA merupakan seorang warga Jepun yang pernah mendaki Gunung Everest suatu ketika dahulu dan sekarang umurnya dah lebih kurang 80 tahun. Dia akan mendaki Gunung Everest lagi pada tahun depan (2013) dan kalau dia berjaya, dia akan menjadi orang pertama didunia ini yang berjaya mendaki Gunung Everest pada usia 80. Seiko Brand merupakan salah satu sponsor misinya itu. Seiko dengan ikhlasnya memperkenalkan jam tangan special edition dimana namanya terukir di tepi case jam tangan itu dibawah caliber 5R66 Spring Drive. So this is the one of highest technology movement in this world.


Saturday, 22 September 2012

Samsung "MENGEJI" iPhone Dalam Iklan Terbarunya




Memang terbaeekk punya carot! Mungkin syarikat Samsung belum hilang sentap lagi pasal dulu-dulu yang dorang terpaksa kene bayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 billion (RM3.25 billion) kepada Apple selepas didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad. Lani dorang membalas dendam lama dengan memperlekeh si Apple itu menerusi iklan terbaru Samsung S3. Teknik lekehan Samsung terhadap Apple dalam iklan tersebut adalah dengan memperlihatkan para peminat iPhone yang sanggup berkemah bagai di luar kawasan kedai yang menjual iPhone 5 lalu carutan demi carutan berlaku peringkat demi peringkat, cam sebenarnye mesej daripada iklan tu ialah "Gigih kan korang berlonggok bagai kat luar ni macam mangsa banjir beratur amik bantuan makanan. Korang tunggu ape ha? Bende teknologi tu? Eh hello, what are you looking for is THIS (samsung s3)! See! THE NEXT BIG THING IS ALREADY HERE!" - katanya.










p/s:Aku tetap dengan Samsung Torch Light aku ni, Samsung jugakkk.. =P

Saturday, 15 September 2012

Ini Cerita Pasal Henpon




Iphone : Semalam i jatuh. sakit tauu. Luka! SAKIIT SGT!

Blackberry : Teruk ke? 

Android : Lain kali, hati hati.

Nokia 3310 : Elleh! Gedik jer. Aku jatuh dah banyak kali, rilex jer. 

Public phone : xpyh nak kecoh la.....aku hari2 kena ujan panas, kena conteng, tampal iklan haram,sepak terajang DLL......rileks je.....


Phone rumah : rilek rilek jgn gaduh....meh laa jemput ke rumah.. kan raya ni.. =D






Wednesday, 29 August 2012

Kalau Aku Seorang Boss



Kalo aku seorang boss, aku akan pastikan syarikat milik aku berjaya dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Bagi meningkatkan prestasi syarikat supaya lebih hebat dan unggul, akan aku hadiahkan sebentuk jam kepada SELURUH STAF aku, supaya mereka lebih bekerja keras, berdisiplin dan tertib mengikut WAKTU YANG TELAH AKU TETAPKAN.




SELAMAT BEKERJA!

Thursday, 2 August 2012

iPhone 5 Kuar 21 September Nih




Sumber-sumber yang agak sahih telah menyatakan bahawasanya dragon ball ada 7 bijik semuanya iPhone 5 yang sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh umat dunia itu akan mula dipasarkan pada tanggal 21 September 2012. Dimana ia dijangka bakal muncul kebaboom dengan rekaan yang terbaik dari ladang, termasuk skrin 4 inci yang lebih luas terbentang serta saiz yang lebih slim. Rangkaian juga akan menjadi lebih pantas dengan adanya perkhidmatan selular 4G LTE, 1 GB RAM dan pemproses A6 teras kuad. 

Ade jugak dengar-dengar rumor has it yang katanya pada tarikh yang sama, model terbaru iPad Mini dan iPod Nano, Nano Nano Nano juga bakal diperkenalkan pada time tu. Anyway Merepek Ayam memang no komen lah benda-benda yang tak de black 'n white nih. Kang ape-ape jadik malaslah nak turun naik mahkamah! Kalo annual leave banyak takpe. 

Ape-ape pon kepada makhluk-makhluk pelik di luar sana yang memang gila akan produk-produk Apple ni, korang tunggu je lah k? Tak lama lagi dah tu.



iMerepek Ayam®


sumber: yahoonews

Tuesday, 17 July 2012

Smartfon Takde Lah Changgeh Mane!



DIA KATA:
"Weh! Style la smartphone ni, macam-macam dowh application pelbagai fungsi. Semuanya di hujung jari. Serius dowh wa cakap lu, tolong lah tuka henpon macam aku, ni dah 2012 kot, tengok ni aku tunjuk ko salah satu application dia yang sangat changgeh! Jap eh... Hah! Aku tunjuk ko yang ni lah.."


"Ha! Name application ni hmm.. tah ape tah aku pon tak tau, yang aku tau apps ni boleh meramal cuaca kita esok lusa tulat ape bagai tau! So kita bolehlah plan bile kene bawak payung, bila jangan cuci kereta, orang kata sediakan snow cap sebelum salji? Ha gitu lah! Stylo kan??!!"


AKU KATA:
"Oh ye ke? Yang aku pelik nya henpon mahal-mahal ribu riban camni cume dapat check untuk esok lusa tulat je? Kalo gitu henpon aku lagi changgeh dan pantas meramal! Tengok ni..




Kejap lagi MALAM."

Saturday, 14 July 2012

Monday, 30 April 2012

Gadget Pencari Barang a.k.a Sumpah Aku Nak



Anda cuai??
Anda kuat berangan??
Anda banyak makan semot??
Kurang makan kismis??
Kapasiti ingatan anda terhad??

Maka teknologi ini memang SUMPAH untuk korang!!
dan jugak aku


MEMPERKENAL KAN.....


THE FINDER!! 


Ya! Suatu lagi teknlogi terkini yang mana mampu mencari dan mempertemukan benda-benda yang memang korang sangat suka untuk TERhilangkan. Gadjet "iPhone" look alike ini didatangkan bersama stiker berbentuk bulat yang saling mengconnect antara "iPhone" cermin tu dengan bende bulat tuh.


Contoh:

 

Mula-mula korang cabutlah stiker bulat tu and tempek kat mana-mana barang yang korang suka nak dia hilang, or barang yang korang plan untuk hilangkan. Hok ni aku amik kunci sebagai contoh. Lepas tempek je kat kunci tu, korang halakan "iPhone" cermin tu ke arah barang yang korang tempekkan stiker tu tadi dan bagilah nama kat barang tuh! Nanti dia save lah dalam memory dia.


Ha OK lepas korang dah hilangkan barang tadih tu, korang jalan-jalan la mundar mandir dalam area situ situ, pastu korang pon buat la muka macam eh! Mana aku letak kunci tadi ek? Alaaa.. Tensyen nye! Eh! Lupa lah! Aku kan ada The Finder ni! Ha! Lepas dah buat muka macam tu, korang type lah barang yg korang nak carik tadi tu kat "iPhone" cermin tu, pastu nanti dia cam cakap kat mana korang sembunyikkan. Tada!!



Kadang-kadang memang bukan kita nak dia hilang, tapi dah memang dia nak hilang. Kita tak boleh nak buat ape kan? So lepas ni konfirm para wanita queen control dan cemburu-buta-type akan menempek stiker tu kat tengkok laki masing-masing. Eh! Ape aku type ni, ingat nak cakap dalam hati je, tertype pulak. Kbai lah~



Wednesday, 25 April 2012

Jam Tangan Ber-GPS PERTAMA Di Dunia



JAM TANGAN ANALOG PERTAMA YANG ADA SOLAR GPS DI DUNIA #1

SEIKO ASTRON


Hoi mangkok! Jangan la bayangkan jam ni boleh kuar map dan tolong korang tunjuk arah jalan macam GPS papago korang tu. No no no.. Itu dahsyat sangat tuh! Actually jam ni yang GPS nya ialah dia cam mampu mengadjust sendiri waktu dia tu mengikot lokasi tempat korang berada bersama jam itu. 

Contoh: 
La ni korang berada kat Yong Peng, maka jam tu akan tunjukkan waktu kat Yong Peng lah!
Pastu esoknya PAP! Korang dah tiba di Berlin pakai pintu sesuka hati, maka jam tu pon akan otomatiknya detect setelit kat situ and jarum dia akan berubah dengan sendirinya ikot waktu Berlin tanpa memulas mulas punat adjustment tu.
Pastu hari berikutnya korang loncat ke Puerto Ricco, so jam tu pon otomatik ikot waktu kat sana lah! 
Dan seterusnya.. Selagi setelit kita kat atas nu berfungsi.

Changgih tak? #KBAi

Ada dua jenis pattern je kot kalo tak silap:
Jam ni memang sangat sangat sesuai untuk mereka-mereka yang jenis:
1. Tak sure duit dicipta untuk apa.
2. Breakfast kat Changlun, lunch kat Dubai, dinner kat Canada, supper kat Israel.
3. Jam-freak.
4. Pemilik rumah 1.2 million ke atas.
5. Bukan aku.

Harga kat Jepun: JPY 152,250 - 210,000
≈ RM 8,000
Masuk Malaysia je harga dia jadi RM#kbai



info

Sunday, 11 March 2012

Kamera DSLR Paling Cute



Ia merupakan sebuah kamera digital yang mempunyai penampilan SLR (Single Lens Reflex), berat hanya 11g. Ia mampu mengapture 200 juta piksel (1600 × 1200) gambar format JPEG, 640 × 480 resolusi video rakaman berterusan dan boleh bertahan selama 36 minit bergantung kepada kapasiti bateri. Menda dahsyat ini juga boleh menyokong kad TF (Trans Flash), juga dinamakan mikro SD (Secure Digital Memory Card) untuk menyimpan data, plus nak cas hanya pakai USB. Harga = 7.980 yen.

 


Kaw ado?

Wednesday, 16 November 2011

Selamat Tinggal Bulu-bulu Ayam



Kecil, bimbit, ringan, slim dan mudah. Inilah dia konsep pencukuran sempurna terbaru untuk kehidupan harian yang sibuk yang macam nak bery pon takde masa. Dengan adanya pisau cukur ini anda boleh mencukur di mana-mana sahaja yang anda suka. Yup! Di mana-mana saja... (*buat mata nakal)
Namanya ialah Carzor yang direka khas oleh Kuo Chia Hung. Ia adalah pisau cukur mudah alih bersaiz kad kredit menjadikannya bisa tersusun sempurna di dalam dompet. Ia didatangkan dengan dua bilah pisau ganti-ganti termasuklah sebuah cermin kecil supaya korang boleh mencukur pada bila-bila masa. Ia juga ada filamen kecil yang bisa mengeluarkan aroma seperti mint, lemon, atau oren untuk mengelakkan iritasi dan memberikan aroma hebat pada dagu lelaki. Kalo cukur kat dagu la.
 
 
 





kredit: maknusia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...