Wednesday, 30 November 2011

Johor Premium Outlet Grand Opening on 02 Dec 2011!!!!



Sebelum ni dengan bangga nya aku mempromote Johor dalam entry Legoland Pertama di Asia, ini kali lagilah oh... sukar untuk aku lafazkan dengan kata-kata kerana ke-gah-han nya sangat mengejekulasi minda, iaitu satu lagi lokasi atau pusat keriangan baru untuk para penduduk bumi iaitu JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO) iaitu another Premium Outlet Shopping®. See? Ke-gah-han nye sampai terpaksa aku type nama dia semua dalam hurop besar seyh, bold lagi.

Apakah menatang Premium Outlet Shopping®?
Pusat membeli-membelah eksklusif yang dimiliki dan dikendalikan oleh Premium Outlets ® di mana pembeli boleh mendapatkan koleksi jenama pereka terkemuka dunia, yang pasti bukan cap ayam, cap itik mahupun koleksi Latipah Sahak.

Ok fine! Tempat Shopping, so kenapa? Ape bezanya dengan tempat lain?
Premium Outlets ® menyajikan brand-brand atau jenama-jenama terbaik diseluruh pelosok alam nyata ni dengan outdoor setting yang unik, dengan penjimatan sebanyak 25 peratus hingga 65 peratus setiap hari. (hamek kaw)


Beso tak tempat ni? Bape banyak kedai ade? Jenama ape ade? Bata ade?
So far yang Merepek Ayam dapat kecapi ialah Adidas, Armani, Burberry, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Michael Kors, Nike, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tumi dan banyak lagi lah yang bakal dibuka. Overall kurang lebih 80 outlet. Eh silap, 80 outlets, kene ade s sbb banyak kan. Bata tak sure. Bole tak jgn tanya soklan mintak diludah?

Menatang ayam nih lokasi die kat mane dowh?
Ianya terletak di selatan tanah air, di Kulaijaya berhampiran dengan flyover diantara jalan.. Haa malas lah nak eksplen die kat mane! Tengok je la map bawah ni. huh! Bukan kat blakang rumah ko la yang penting.

Bila dia akan bukak?
Ko tak reti baca tajuk entry ea?

Selain kat Malaysia, kat mana lagi ade Premium Outlets ® ni?
USA, Jepun, Korea, dan Mexico. Malaysia sekaligus menjadi yang pertama di Asia tenggara ade mende ni. *Oh bangga siod!

Mampukah aku?
Ni soklan yang aku tunggu-tunggu. Dengar discount sampai 65% kan. Macam wah! murahnya. Tapi bila pikir-pikir balik jenama-jenama mewah ni kalo kasut kulit laki paling koman pon 3ribu ringgit. Lepas 65% pon still ribu riban lagik. Bagi mereka yang tidur beralaskan susunan duit RM100 tu memang layak ar tempat-tempat cam ni. Abes aku yang nak topap henpon pon tersekat-sekat ni how come? Bole window shopping kot! Harap-harap dorang takde pintu sensor auto detect wallet orang yang banyak habuk je. *Oh habis lah tempat tu nanti penuh dengan anty-anty diva yang berambut besar, pengang handbag kat lengan, shades besar mengenjar, yang pipinya tegang semacam seperti ada sesuatu didalam.

Ape-ape pon sama-samalah kita bercuti-cuti Malaysia di Johor Bahru, aku sebagai tuan rumah amat berbesar hati menerima kedatangan korang, malah bersedia untuk menjadi pemandu pelancong korang, hahaha.. 


Monday, 28 November 2011

Spekulasi BMW



Ramai Orang Kata BMW..

BMW - Banyak Makan Wang
BMW - Bagai Menyedut Wang
BMW - Bikin Mati Woo
BMW - Banyak Mahal Woo
BMW - Beribu Million.. Wallawwehh


Tetapi kalo kita modified sket jadik cengginih? Camner?



Haaa.. Jimat Kan?


*Footnote: Aku pon pakai BMW jugak, Buatan Malaysia Wira.

Oh Bangga!



JESS LEE

kenal?

Kalo kenal bagus la korang lagi advance dari aku, so gi la main jauh-jauh. Satu bende yang menarik minat aku untuk aku selitkan dicelah Merepek Ayam ni ialah...




Yer, dia ni lah Jess Lee (李佳薇) yang dimaksudkan itu. Dia ni merupakan pemenang reality singing contest kat Taiwan yang sumpah terkenal disana iaitu Taiwan's Super Star. Dia sangat bangga dan berani yer membawak lagu bukan mother-tongue dia. Sekaligus menjadi the only one yang memilih lagu melayu dalam contest tersebut. Mesti Jaclyn Victor bangga dan kembang semerbak tengok video ini. 

Ingat lidah jawa macam aku ni je yang hadap nak hafal lagu korea, ade jugak bukan melayu yang gigih macam ni sekali.

Saya sumpah bangga dan syabas kepada awak Jess. Awak da ade bf blom? =P

Sunday, 27 November 2011

Bahasa Malaysia Direct Translate



Ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berlaku pada beberapa hari lepas.


Ada sorang driver company ni tak datang kerja dah 3 hari berturut-turut tanpa sebarang info kepada boss-boss. Maka pada hari ke 4nye, boss yang hanya tau bahasa Mat Salleh tu pon suroh la anak buah dia panggil driver tersebut untuk jumpe dia segera. Lalu...


Boss: Cik Abu!
Pak Abu: Yes Boss.
Boss: 3 days you absent! Why? Why no information at all? 
Pak Abu: I am very sory Boss, day before-before my body not delicious.
Boss: Erk!




Saturday, 26 November 2011

Nilai Wang Hantaran Terkini



Nilai Wang Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung Malaysia.


UPSR, PMR/SRP: RM1,000 ~ RM3,000
* Sekurang-kurangnya lulus matapelajaran Bahasa Malaysia: RM1,000
* Lulus semua matapelajaran: RM2,000
* Straight A: RM3,000

SPM: RM3,000 ~ RM8,000
* Sekurang-kurangnya lulus matapelajaran Bahasa Malaysia: RM3,000
* Tiada subjek yang gagal: RM4,000
* Bagi Jurusan Seni: Maksimum RM6,000
* Bagi Jurusan Perdagangan/Perakaunan: Maksimum RM7,000
* Bagi Jurusan Sains Tulen/Kejuruteraan: RM8,000

STPM/DIPLOMA: RM8,000 ~ RM12,000
* Untuk STPM: Up to RM10,000 (tiada subjek yang gagal)
* Untuk Diploma: Up to RM12,000 (minus RM1,000 untuk setiap repeat paper)

DEGREE: RM12,000 ~ RM15,000
* RM15,000 hanya bagi mereka yang pernah mendapat anugerah dekan (tiada repeat paper)
* Tidak gagal dan layak mendapat sijil: Min RM12,000

MASTER: RM15,000 ~ RM20,000
* By Coursework: Up to RM18,000
* By Project/Thesis/Research: Up to RM20,000
* Master under biasiswa: Min RM15,000
* Master under self-support: Up to RM17,000

PHD: RM20,000 ~ RM30,000
* PHD dalam Negara: Up to RM25,000
* PHD Overseas: Up to RM30,000



Footnote: Nilai yang dinyatakan adalah tetap kecuali during year end sale.



sumber: makcik kampung seberang tuh, haa.. yang pakai serkup lipstik merah

Car Of The Year 2011 (COTY2011) - Winner List




CAR OF THE YEAR
 PEUGEOT RCZ

1. COUPE/CABRIOLET OF THE YEAR
 PEUGEOT RCZ

2. COMPACT CAR OF THE YEAR
HYUNDAI i10 KAPPA

3. PREMIUM COMPACT CAR OF THE YEAR
 VOLKSWAGEN POLO TSi

4. FAMILY CAR OF THE YEAR
 KIA FORTE

5. EXECUTIVE CAR OF THE YEAR
NISSAN TEANA

6. PREMIUM EXECUTIVE CAR OF THE YEAR (BELOW RM300K)
SKODA SUPERB

7. PREMIUM EXECUTIVE CAR OF THE YEAR (ABOVE RM300K)
JAGUAR XFS

8. LIMOUSINE OF THE YEAR
JAGUAR XJL

 9. PERFORMANCE CAR OF THE YEAR

RENAULT MAGANE RS250

10. SUV OF THE YEAR (ABOVE RM150K)
HYUNDAI SANTA FE

11.  SUV OF THE YEAR (BELOW RM150K)
GWM HAVAL H5

12. MPV OF THE YEAR
FORD S-MAX
 
13. PICK-UP TRUCK OF THE YEAR
NISSAN NAVARA


SPECIAL MENTION AWARDS

PEOPLE'S CHOICE AWARD
PERODUA MYVI

ECO INNOVATION AWARD
TOYOTA PRIUS


Tuesday, 22 November 2011

Pramugari Juga Musti Sihat Dari Segi Rohani



Lelaki + Sesuatu = SuperHERO




Kalo Lady Gaga Menderma Baju-bajunya...



...kepada orang-orang miskin dan para-para homeless, mungkin ini bakal terjadik. But OK what?!


Cara-cara Nak Elak Malu



1. KALO JATUH TERSEPAK BATU
Jangan terus bangun, sebaliknye korang baring dan terus guling-guling hingga jauh dari perhatian orang ramai, lepas dah takde orang sangat haa barulah bangun.

2. KALO TERJATUH BESKAL
Cepat-cepat naik beskal korang semula dan jatuhlah lagi dan lagi berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje je buat lawak.

3. KALO TERJATUH TANGGA
Terus bersilat! Seolah-olah anda dirasuk atau nampak macam sedang berlawan dengan makhuk halus, yerk ar sekarang kan tengah trend hantu tangga. Oh tak ea?

4. KALO TERJATUH DALAM LONGKANG
Cepat-cepat pungut sampah-sampah yang ada dalam tu sambil marah kuat-kuat "Sape lah yang perangai macam hantu tak reti buang sampah dalam tong sampah, hesh! Menyusah kan orang betul!"

5. KALO TERGELINCIR KAT LANTAI YANG LICIN
Terus buat hip-hop dance ke break dance ke helicopter pusing-pusing ke, pergh mantap! Nak lebih afdal lepas bangun dari jatuh terus menshuffle kejap.

Saturday, 19 November 2011

Record Aksi Anda Dan KAYA!!



Korang ingat lagi dok kat video "Charlie bit my finger" ? Alaa.. Video sensasi yang memaparkan kisah 2 kanak-kanak comel main geget-geget jari pahtu nanges. Yang nih ha..


Untuk pengetahuan korang, video yang viewernya mencecah plus minus 389,148,000 viewer nih (setakat 20Nov2011) bukan sahaja menjadik fenomena dan bualan masyarakat internet, malah mendapat habuan berbentuk wang ringgit dari syarikat youtube kepada mereka nih, eh silap, wang pound! Info yang Merepek Ayam kecapi ialah mereka ni mendapat lebih kurang 100ribu pound (£100,000) dan duit segabak tu diberikan kepada parent mereka. Difahamkan segabak tersebut diguna kan untuk sekolah bebudak nih, dan jangan main-main, mentang-mentang da dapat segabak, mak ayah dorg ni antar dorg kat private school lagi. Hambek kaw! Jimat duit mak bapak dorg.

Nampak tak? Video sesimple geget-geget jari ni pon bole dapat pulangan segabak itu, aku rase mak ayah dorg ni pon main upload je tak tau pon akan meletop sampai cengginih. So ape yang aku nak bebelkan kat sini ialah, rakam lah setiap aksi anda! Tak kira ape pon, rakam jeh! Korek hidung atas pokok manggis ke, main galaxy tab sambil kopek durian ke, menguap dengan bukaan mulut paling kretif ke, ape-ape jeh! Kerana mungkin salah satu dari rakaman aksi anda bernilai £100,000. Sape tahu?

Flight Attendant Paling Hot Di Dunia



Biasalah maknusia kan, suka dan senang tertarik pada benda-benda yang indah, cantik, biwtiful, thats why la benda-benda macam ni pon deyrang nak rank-rank kan. Ha lantak lah! Therefore hari ini Merepek Ayam nak share sikit info pasal flight attendant paling cantek, hot, mantap dan grand ikut jenis-jenis airline



10. Iberia

9. KLM

8. TAP


 7. Cathay Pacific

6. Lufthansa

5. Aer Lingus
 
4. Emirates

3. Etihad

2. Singapore Airlines



1. Virgin Atlantic






Derr.. Malaysia punya pon cun ape! No 5 tu aku takleh terima eh! Sumpah.


Punca

Ingin Lebih Macho?



Dapatkan ianya dipasaran. Pasti janda-janda, anak-anak dara, mak-mak dara dan segala-galanya bakal mengejari anda! Beli-beli!!



Wednesday, 16 November 2011

Britney Spears Tertelan Kerbau Tanpa Kunyah





Sadisnya video nih..

Super-Super-Super FAIL!!!!



Ok bile sebut pasal peragaan ke modeling ke ape-ape show pon la yang melibatkan live show, kesilapan adalah benda yang tidak boleh belaku. Jika ianya tetap berlaku, maka ia akan jadi bahan budak-budak internet untuk jadikkan peristiwa tersebut sebagai bahan lawak jenaka yang tiada pengakhiran nya. Ianya akan kekal di internet sampai bila-bila. But at least diaorang akan di ingati sampai bila-bila.. OK gak tuh!






Korang gelak? Kesian kot! Ingat tak saket ea?

Cabaran Minda



Yang manakah lagi Macho?



pilih..pilih..

Bahasa Isyarat Budak-budak Geek




Kesilapan Paling Besar People Magazine



Dalam Mencari..

Sexiest Man Alive (1985) - Mel Gibson

Sexiest Politician (2000) - John Edwards

Sexiest Man Alive (1992) -Nick Nolte

Sexiest Businessman (2001) - Keith Clinkscales

Sexiest Man Alive (2004) -Jude Law

Most Beautiful (2008) - Ashton Kutcher

Most Beautiful Couple (2005) - Britney-Kevin

Most Sexiest Male Athletes (1980) - O.J Simpson


*Cubela People Magazine ni calon kan aku ke, ape ke, tak perasan ke kewujudan aku? Bia laku sket magazine nkorang.

Bagi aku yang betul-betul paling cara and ade style hanya lah...

















Sir Mr Bean. OH! Ko memang superb!



Punca: yahoo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...