Thursday 26 April 2012

Google Map Berantu?!



Bila otak dan tangan yang pegang mouse itu sudah tidak lagi selari perilaku tindakannya, maka mulalah aku dengan perbuatan yang paling takde kerja mencarik keje. Lalu pergi lah aku ke lelaman Google Maps.

 

Sumpah takde tujuan spesifik pon, cam saja-saja nak tengok keadaan jalan-jalan kat negara orang, polish skit pengetahuan Geografi aku yang sememangnya sumpah super fail. Maka aku setat la penjelajahan aku yang bermula dari Negara Thailand. Aku pon tak tau kenapa Thailand, jari aku memang otomatik scroll ke situ tanpa discuss dengan otak aku.


Cam wow...!! Banyaknya jalur-jalur oren, garis putus-putus, nama-nama yang aku tak reti nak sebut. "Ah malaslah layan Thailand!" Kata otak aku. Lalu dia suggest pegi tengok kat Korea Selatan yang Kpop tu. Maka jari pon dengar kata.


"Wow! Sini la tempat yang bakal aku pergi satu hari nanti!" Bisik hati dan hempedu aku. Tetapi wallet aku lantas menarik muka selepas terdengar bisikan itu. Banyak betul nama tempat yang unik-unik kan? Gyeongsangnam-do, Busan, Jinju etc. Kat sini lah negara lahirnya artis-artis Kpop seperti Wondergirls, 2PM, Girls Generation, Super Junior, aku cam main teka-teka time ni, agak-agak Kpop-Kpop ni tinggal kat mana lah kan? Lalu aku pon mainlah scroll-scroll ke atas. Tinjau-tinjau.


Tiba-tiba aku cam eh! Ape blank ni? Google aku tak update version latest kah? Mushkil. Aku try zoom out.



Mak aih!! Memang blank! Kenapa ek? Korea Utara ni kot? Ke memang negara dia takde jalan raya? Orang lain sarat dengan jalan raya bagai dia boleh plak blank ayam cengggituh. Aduh curious aku, nak zoom in balik jap.

 




TIBA-TIBA AKU TERNAMPAK....!!!!







Yup! Aku jumpa Antu dalam Map. Dua jenis aku jumpa, yang pertama tulah Korea Utara yang blank putih macam sarang hantu, dan yang kedua, tuhhhh!!!! Dalam bulatan tuh! Antu!





Bende gini pon aku boleh dijadikan meinan waktu bosan kan? Sumpah loner life-less. =/ #kbai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...