Wednesday, 29 August 2012

Perkara Paling OH SHIT!! Di Bulan Raya




Kedengaran "Asemekomm!!" dari luar rumah lalu selak langsir sedikit demi sedikit, kelihatan sedara yang tak bape nak jauh, tak bape nak dekat datang beraya kat rumah. Jam menunjukkan tepat pukul 11.55PM dan lagi lima minit akan jatuh tarikh baru hari Isnin.


Pertanyaan kasar oleh makcik-makcik/pakcik-pakcik mengenai bila ingin mendirikan masjid kepada para insan yang confirm single at the moment, sedangkan umur dorang time itu belum pon cecah 35 tahun. 


Sedang leka memandu sambil mendengar lagu "Suasana di Aidilfitri" dari frekuensi 104.5fm (J.B) ketika time konvoi raya satu barisan tegak 19 kereta segala sedara-mara ade, lampu isyarat bertukar LAMPU MERAH.



47 kanak-kanak caca merba berkoir di hadapan rumah dengan mendendangkan satu perkataan "Assssalaaaaamualaikooooooooommm". Kelihatan 21 daripadanya ada handbag silang Barbie, 17 daripadanya pakai pouch bag, 14 daripadanya tidak membawa apa-apa bag tetapi kembong pada setiap pocket yang ada pada pakaian mereka, dan selebihnya ade bekas sirap terlebih ibu sirap pada hujung mulut masing-masing.


Kelihatan air kola-kola 2 jag tumpah ke karpet buatan itali, diperbuat daripada material-material terpilih terbaik dunia, RM7000 CIMB personal loan.



Suasana riuh rendah open house disulami dengan suara budak kecik ngaruk level halilintar membelah bumi, kelihatan mak ayah budak tersebut sedang.. Oh! Tidak kelihatan langsung kelibat mereka. Mana mereka pergi? Toyol kecik ini siapa nak settle?



#oh nak tambah lagi 1!


Menanti sedara-mara yang terputus dari tali konvoi raya tadi lalu sesat, tambahan pula bateri tinggal 1 bar dan pakai pulak line DiGi di kawasan felda.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...