Monday, 30 April 2012

Gadget Pencari Barang a.k.a Sumpah Aku Nak



Anda cuai??
Anda kuat berangan??
Anda banyak makan semot??
Kurang makan kismis??
Kapasiti ingatan anda terhad??

Maka teknologi ini memang SUMPAH untuk korang!!
dan jugak aku


MEMPERKENAL KAN.....


THE FINDER!! 


Ya! Suatu lagi teknlogi terkini yang mana mampu mencari dan mempertemukan benda-benda yang memang korang sangat suka untuk TERhilangkan. Gadjet "iPhone" look alike ini didatangkan bersama stiker berbentuk bulat yang saling mengconnect antara "iPhone" cermin tu dengan bende bulat tuh.


Contoh:

 

Mula-mula korang cabutlah stiker bulat tu and tempek kat mana-mana barang yang korang suka nak dia hilang, or barang yang korang plan untuk hilangkan. Hok ni aku amik kunci sebagai contoh. Lepas tempek je kat kunci tu, korang halakan "iPhone" cermin tu ke arah barang yang korang tempekkan stiker tu tadi dan bagilah nama kat barang tuh! Nanti dia save lah dalam memory dia.


Ha OK lepas korang dah hilangkan barang tadih tu, korang jalan-jalan la mundar mandir dalam area situ situ, pastu korang pon buat la muka macam eh! Mana aku letak kunci tadi ek? Alaaa.. Tensyen nye! Eh! Lupa lah! Aku kan ada The Finder ni! Ha! Lepas dah buat muka macam tu, korang type lah barang yg korang nak carik tadi tu kat "iPhone" cermin tu, pastu nanti dia cam cakap kat mana korang sembunyikkan. Tada!!



Kadang-kadang memang bukan kita nak dia hilang, tapi dah memang dia nak hilang. Kita tak boleh nak buat ape kan? So lepas ni konfirm para wanita queen control dan cemburu-buta-type akan menempek stiker tu kat tengkok laki masing-masing. Eh! Ape aku type ni, ingat nak cakap dalam hati je, tertype pulak. Kbai lah~



Dari CD Terpakai Jadik Bende Dahsyat





 

 





MAGIC!

Thursday, 26 April 2012

Google Map Berantu?!



Bila otak dan tangan yang pegang mouse itu sudah tidak lagi selari perilaku tindakannya, maka mulalah aku dengan perbuatan yang paling takde kerja mencarik keje. Lalu pergi lah aku ke lelaman Google Maps.

 

Sumpah takde tujuan spesifik pon, cam saja-saja nak tengok keadaan jalan-jalan kat negara orang, polish skit pengetahuan Geografi aku yang sememangnya sumpah super fail. Maka aku setat la penjelajahan aku yang bermula dari Negara Thailand. Aku pon tak tau kenapa Thailand, jari aku memang otomatik scroll ke situ tanpa discuss dengan otak aku.


Cam wow...!! Banyaknya jalur-jalur oren, garis putus-putus, nama-nama yang aku tak reti nak sebut. "Ah malaslah layan Thailand!" Kata otak aku. Lalu dia suggest pegi tengok kat Korea Selatan yang Kpop tu. Maka jari pon dengar kata.


"Wow! Sini la tempat yang bakal aku pergi satu hari nanti!" Bisik hati dan hempedu aku. Tetapi wallet aku lantas menarik muka selepas terdengar bisikan itu. Banyak betul nama tempat yang unik-unik kan? Gyeongsangnam-do, Busan, Jinju etc. Kat sini lah negara lahirnya artis-artis Kpop seperti Wondergirls, 2PM, Girls Generation, Super Junior, aku cam main teka-teka time ni, agak-agak Kpop-Kpop ni tinggal kat mana lah kan? Lalu aku pon mainlah scroll-scroll ke atas. Tinjau-tinjau.


Tiba-tiba aku cam eh! Ape blank ni? Google aku tak update version latest kah? Mushkil. Aku try zoom out.



Mak aih!! Memang blank! Kenapa ek? Korea Utara ni kot? Ke memang negara dia takde jalan raya? Orang lain sarat dengan jalan raya bagai dia boleh plak blank ayam cengggituh. Aduh curious aku, nak zoom in balik jap.

 




TIBA-TIBA AKU TERNAMPAK....!!!!







Yup! Aku jumpa Antu dalam Map. Dua jenis aku jumpa, yang pertama tulah Korea Utara yang blank putih macam sarang hantu, dan yang kedua, tuhhhh!!!! Dalam bulatan tuh! Antu!





Bende gini pon aku boleh dijadikan meinan waktu bosan kan? Sumpah loner life-less. =/ #kbai

Original vs Plestik



 

Wednesday, 25 April 2012

Jam Tangan Ber-GPS PERTAMA Di Dunia



JAM TANGAN ANALOG PERTAMA YANG ADA SOLAR GPS DI DUNIA #1

SEIKO ASTRON


Hoi mangkok! Jangan la bayangkan jam ni boleh kuar map dan tolong korang tunjuk arah jalan macam GPS papago korang tu. No no no.. Itu dahsyat sangat tuh! Actually jam ni yang GPS nya ialah dia cam mampu mengadjust sendiri waktu dia tu mengikot lokasi tempat korang berada bersama jam itu. 

Contoh: 
La ni korang berada kat Yong Peng, maka jam tu akan tunjukkan waktu kat Yong Peng lah!
Pastu esoknya PAP! Korang dah tiba di Berlin pakai pintu sesuka hati, maka jam tu pon akan otomatiknya detect setelit kat situ and jarum dia akan berubah dengan sendirinya ikot waktu Berlin tanpa memulas mulas punat adjustment tu.
Pastu hari berikutnya korang loncat ke Puerto Ricco, so jam tu pon otomatik ikot waktu kat sana lah! 
Dan seterusnya.. Selagi setelit kita kat atas nu berfungsi.

Changgih tak? #KBAi

Ada dua jenis pattern je kot kalo tak silap:
Jam ni memang sangat sangat sesuai untuk mereka-mereka yang jenis:
1. Tak sure duit dicipta untuk apa.
2. Breakfast kat Changlun, lunch kat Dubai, dinner kat Canada, supper kat Israel.
3. Jam-freak.
4. Pemilik rumah 1.2 million ke atas.
5. Bukan aku.

Harga kat Jepun: JPY 152,250 - 210,000
≈ RM 8,000
Masuk Malaysia je harga dia jadi RM#kbai



info

Teknik Mencurik Paling Stailo DI DUNIA!!

















AKU NAK TRAI!


info dari budak nih

Mercu Selamat Datang Untuk Sukan Olimpik 2016 (Rio de Jeneiro)



RIO'S WELCOME SIGN FOR OLYMPICS GAME 2016



Memperkenalkan

" Solar City Tower "
 Dibina di atas the island of Cotondub.
It will be seen by the game visitors and participants as
they arrive by air or water.
The tower, captures solar energy. It will supply energy
for all of the Olympic city, as well as also for part of Rio.

It pumps up water from the ocean to create what
appears like a water fall and this fall stimulates turbines
that produce energy during the night.

It will also hold the Olympic flame.
(oh tiba-tiba bahasa BI plak kan)







The Tower possesses an amphitheater, an auditorium, a cafeteria and boutiques. Elevators lead to various observatories. It also has a retractable plat-form for the practice of bungee jumping.
At the summit is an observation point to appreciate the scenery of the land and ocean, as well as the water fall.


Solar City Tower will be the point of reference for the 2016 Olympic Games in Rio de Janeiro .





info from Mr. A
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...