Wednesday, 29 February 2012

Jawapan Stylo Untuk Soalan Yang BODOH



SITUASI: TENGAH LEPAK ATAS KATIL, SAMBIL PEJAMKAN MATA OTW NAK TIDO.

Member tanya: Weh! Ko dah nak tido ke?
Jawab camni: Eh tak la, aku tengah mencuba untuk mati.

- - -

SITUASI: MEMBER CALL HENPON, TAPI TAK ANGKAT. THEN CALL NO RUMAH PULAK. DAN KORANG PUN ANGKAT.

Member tanya: Woi! Apsal tak angkat fon? Ko kat mana huh?!
Jawab camni: Aku kat bakal kubur kau.

- - -

SITUASI: MENEKAN KEKUNCI NAK NAIK LIF KETIKA BERADA DI BASEMENT PALING BAWAH. LALU DATANG LA SEORANG INSAN.

Dia menyapa: Hai! Nak naik atas ke? =)
Jawab camni: Tak lah, nak turun bawah masuk dalam perut bumi carik bijih timah.

- - -

SITUASI: SEDARA-MARA DATANG RUMAH THEN ADE SORANG SEDARA NI MENGUTARAKAN SOALAN KAT KORANG

Sedara tanya: Awak, ada toilet tak?
Jawab camni: Rumah ni takde toilet, semua orang berak kat tepi divider highway.

- - -

SITUASI: ADUH! TERPIJAK PAKU.

Member concern bertanya: Weh, saket ke?
Jawab camni: Eh sedap lah! Tolong cucukkan 18 batang lagik!

- - -

SITUASI: SEBELUM NI RAMBUT PANJANG, PAS PEGI SALOON CUT JADI PENDEK GILA

Member tanya: WoW! Potong rambut ke? 
Jawab camni: Eh taklah! Rambut aku memang jenis tumbuh ke dalam kepala.

- - -

SITUASI: KAT KAFE SAMBIL BEDAL NASIK GORENG AYAM KUNYIT BERLADA

Member menyapa: Ko lunch ke ni?
Jawab camni: Tak lah, aku simpan makanan kat tepi mulut untuk bekalan musim salji nanti.

- - -

SITUASI: MEMAKAI TOWEL DAN MENUJU BILIK MANDI

Housemate tanya: Ko nak mandi ke bai?
Jawab camni: Takla! Aku nak ber scuba diving dalam tuh. Ade nak kirim?

- - -

SITUASI: PULANG DAN MASUK KE DALAM RUMAH DALAM KEADAAN BASAH MELENCUN

Member tanya: Hujan ea kat luar?
Jawab camni: Eh! Tak! Aku kene ludah dengan orang ramai.

Monday, 20 February 2012

Cara Paling Stylo Nak Dapat Duit Dari Facebook




Tips daripada Merepek Ayam kali ini pula ialah cara-cara yang paling-paling gampang sekali untuk mendapat duit $$$ daripada facebook. Oh silalah like cepat-cepat! Duit tuuu.. Aum aumm..!

Step 1:
Bermula dengan skrin facebook korang, tak kira lah korang nak start dari homepage korang ke, profile page korang ke, profile cucu angkat jiran nko ke, gasak nko. Tapi kalo aku, aku lebih prefer bermula daripada profile page sendirik.

Step 2:
Kelik butang yang ade arrow ke bawah tu, hok sebelah home nu. (Atas sekali belah kanan)

Step 3:
Kelik perkataan "Log Out" seperti yang tertera di gambarajah bawah ni.

Step 4: 
Tunggu sehingga skrin menjadi seperti dibawah ini.

Step 5:
Once skrin korang telah bertukar menjadi seperti yang dijelaskan kat step 4 di atas, lantas korang kelik bebutang "Start" dan pilih button "Shut Down" atau "Turn Off".

Step 6:
Setelah selesai PC or Laptop or iPad or ape jenis menatang gejet pon lah yang korang pakai, teruslah korang bersiap-siap pakai changgih-changgih gi carik kerja kat luar sana!
Yang dah memang ade kerja tu gi la OT ke amik upah tolong orang goreng keropok lekor ke, gasak korang lah.


Haaa.. Insyaallah dengan izin tuhan korang akan dapat jugak duit $$$ yang korang nak tadih tuh! OK?





Gua chow dlu.

Sunday, 19 February 2012

Perfume Tiruan Mengandungi Air Kencing! Yummy..



Saodah: Hey Melah!
Melah: Ish U ni Melah-Melah pulak tengah orang ramai ni, malu tau! Melly laa..
Saodah: Oh Melly, sorry-sorry hehehe.. U wangi sangat lah hari ini. Perfume ape U pakai?
Melah: Eh really? U ni kan Ody, saje je tau! I pakai perfume murah je, U tengok la sendiri! I tak reti nak sebut la. Huhu..
 
Saodah: Wow! (Mata besar dan bulat). Ini mahal ni! Salavotovore Fegaragamo! Mahal nih! Kaya nya U. Dapat bonus ke?
Melah: Hello, kau ingat! Eh silap, U ingat time bonus je ke I mampu beli? Ni I beli original yer! Bukan time sale tau! Sebab tak minat sangat beli time sale ni orang ramai sesak-sesak. Rimas! (Ish mintak-mintak tak kantoi, sebab setahu aku apek tu cakap nampak sebijik macam original)
Saodah: Wah.. Ni original ni! Bau dia pon changgih! Nak sikit eah?
Melah: Boleh, tapi jangan pancit banyak-banyak. Mahal tuh! (fuhh.. Dia tak pasan)
Saodah: Takpe la invest mahal sikit untuk barang berkualiti, isi kandungan dia pon dipercayai! U tau I dengar internet cakap perfume tiruan ni, dalam dia ade bende pelik-pelik tau, air kencing pon ade!
Melah: Hesh! Jadah ape nye nak letak air kencing dalam perfume ni? U jangan....
Soadah: Iyer Melah, eh Melly.. Betol, dalam ternet tu cakap bukan setakat ade air kencing, siap pakej lagi ade bekteria, antifreeze tah gampang ape tah yang jijik-jijik hina-hina suma ade dalam fake perfume tu. Kalo tak caye U tengok I ade simpan video tu, jap ea.. Mana pulak la Samsung Galaxy Note I nih, haa.. ni dia tengok.



Melah: Oh mai got!!
Saodah: Kan I dah cakap, eeeiisshh! I tak bole bayangkan orang pancit-pancit perfume air kencing tu kat badan, leher, tangan, pastu gi makan, eww.. loya tekak I.
Melah: Glup!!
Saodah: Ade yang lagi kesian tu, dah pancit-pancit perfume tu, pastu gi solat, kesian! Tapi U tak solat sangat kan.
Melah: Errmm.. heh heh.. I kene balik rumah dulu la, emergency! Kucing I belum makan, pergi dulu eah! Bye..
Saodah: Pahal pompuan nih?

Thursday, 16 February 2012

Soalan Paling Gampang Aku Pernah Jumpa



CUBA TERAI TEST JAWAP!
 (Salah takpe, boleh cuba lagi, sampai lebam..)



Perhatikan gambarajah di bawah:


Jawap soklan-soklan berikut:

1) Berapa ramai yang ambik gambar muka tak ikhlas?
2) Berapa ramai muka baru bangun tido?
3) Berapa ramai lelaki dan berapa ramai pompuan?
4) Ada kembar dalam gambar ini, cuba teka yang mana satukah?
5) Mana satu cekgu mereka?
6) Siapa ngantuk dalam gambar ini?
7) Berapa ramai yang ambik gambar tapi tak tengok kamera?




 


HAMmMmMEK KAWW!!

Wednesday, 15 February 2012

Apa Akan Terjadi Lagi 50 Tahun Akan Datang




Kadang-kadang aku cam terpikir apalah yang akan terjadi ek lagi 50 tahun dari sekarang. Setiap penambahan tarikh harian kita membawa diri kita ke dimensi masa yang lebih kertu. Apa tu kertu? Korang tanyalah makcik belakang rumah korang yang pakai serkup lipsik merun tu, ha! dia tahu. Hamek ko ayat aku memalam buta ni kan, merepek mereban! Tapi takpe la kot, nama pon Merepek Ayam kan, tak kan nak cita pasal persidangan Umno plak tol ark? Tapi serius dowh, bila kita renung kejap pasal 50 tahun lagi apa yang bakal belaku, aku jadi cam errrrr..Hmm.. Kalo korang? Ape yang korang bayangkan? Kalo aku, aku terbayang..


OH NO!

ihsan: Afif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...