Thursday, 3 November 2011

Rambut mega VS Doraemon



Rambut mega kini menjadi salah satu fesyen hangat yang menjadi bualan dan juga ikutan seluruh penduduk planet bumi tak kira lelaki, wanita, tua, muda, dan sebagainya. Aku juga tidak tercicir untuk menggayakan fesyen hot tersebut. Ia bukan sahaja bertindak sebagai rambut biasa, malah ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tetapi apa kaitan dengan doraemon seperti yang tertera pada tajuk entry ini? Jom kita explore..









VS









Kalau Doraemon si robot kucing ada poket yang bole simpan dan keluarkan macam-macam, kini manusia ada.........


RAMBUT MEGA!!

"Rambut serbaguna serba serbi!!"

Penerangan: Dengan memiliki rambut seperti ini, korang boleh dan mampu untuk menyimpan ataupun mengeluarkan apa jua barang tanpa lagi membawa/menggalas beg korang ke sana ke mari.

Sebagai contoh:

 Samsung Galaxy Tab 10.1 P7500(3G+WIFI) 16GB

Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo (AT)

Nasi Kerabu Asli


SELAIN ITU JUGA....


Kapal Titanic


DAN JUGA....

Balai Raya


Mudah kan?

Bergurau tanpa sempadan



Sekali tengok sumpah kelakar tahap guling-guling ayam, tapi bila 3 4 kali tengok sumpah kesian kot!





Ish..ish..ish...

Tuesday, 1 November 2011

Futuristic Fantacy



Dulu henpon saiz kamus dewan, Kini gesel-gesel skrin
Dulu mesen taip kedegang-kedegung, Kini komputer riba lipat-able
Dulu masak atas arang, Kini multifunction micro-oven
Dulu kain meleret2 lantai 7kilometer, Kini see trough micro skirt dwifungsi
Dulu tudung pakai 2~3pin, Kini 114pin per kepala plus (+) dekorasi landscape majlis bandaraya
----
Begitu pantas dan cergas teknologi berkembang dari satu era ke era yang lebih inovatif. Para-para genius teknolgi masing-masing berlomba-lomba mencipta sesuatu yang baru, atau juga menambah baik yang sedia canggih menjadi lebih changgeh buat para penggila teknologi seperti kita, anda dan mereka, sekaligus mengaut keuntungan yang berlipat-lipat kali ganda, dan daripada keuntungan itulah sesuatu yang baru akan dicipta lagi dan lagi dan lagi. Jom kita sama-sama saksikan gambaran/imaginasi genius-genius ini tentang teknologi apa yang bakal berlaku akan datang.


Selain daripada teknologi pengimejan, gadget dan automobil, teknologi juga berlaku pada pakaian kita. Jom kita lihat apa yang kita akan pakai akan datang.

*untuk lelaki

*untuk wanita

Selepas aku tengok video-video ni kan, aku cam terus terimaginasi ape yang bakal berlaku pada aku akan datang. *Imaginasi bermula.....

*Rumah yang bakal didiami

*Pacuan tiada roda utk ke pejabat, giant dan ambil anak-anak balik skolah

*baju pegi keje

*in case kalo sultan termangkat nanti

*solat jumaat

*ni aku nak pakai g mane ek?? hhmm.. time nak gi mengundi lah nanti

*haa,,, ni kalo ade kenduri doa selamat ke tahlil yassin ke, org tak pasan sgt aku nak tapau lauk

Dan yang paling penting sekali...

BAJU RAYA!

 *Ni of kos la raya pertama!! (tak saba nak g sembayang raya saf pertama)
*Raya ke 2.. (dah letih pikul baju raya pertama)




Imaginasi korang pulak? Bagaimana?

Monday, 31 October 2011

K-POP (Tahukah Anda?)



Korg perasan tak? Kebanyakan muka dan features superstar2 k-pop terkemuka seperti Wonder Girls, Girl Generation, Brown Eyed Girls dan banyak lagi la, cam lebih kurang sama je! Baik dari segi raut wajah, gaya senyuman, semua-semua lah! Tak caye jom usha jap.

Wonder Girls

Girl Generation

Brown Eyed Girls
See? Nampak tak?? ukiran senyuman mereka seolah-olah persis antara satu sama lain, ukuran kaki seolah-olah ada standard piawaian, ketirusan wajah, bentuk mata, mancugan hidung, seolah2 ditekap dengan menggunakan acuan yang sama.. hmm..
Suka disini untuk aku buat kesimpulan bahawa...







Mereka-mereka ini mendapat khidmat bantuan dari doktor yang sama, dengan fomula yang sama!

*Logik tak? logik kan??

Happy Belated Halloween!!



 BOOoooOOooooOOoo.... Hiii~hhhhhiii~hhiii~..... *sambil terbang-terbang..

"Cu... dikesempatan ni cu.. atok sanggup bangkit kejap dari kubur cu, semata-mata nak ucap selamat hari halloween belated. Atok mintak maaf cu belated je atok mampu, aritu tak sempat nak mai sebab kebetulan giliran atok ngaco manusia kat jalan sunyi kat Old Trafford sana. Jauh cu kat negara omputih! Dah la manusia tak ramai lalu situ, terpaksa atok OT cu sampai dpt manusia sorg dua. Pulak tu ada plak pengarah filem dok kacau tempat keje atok tu, nak buat cite panormal activity katenye. Tensyen atok cu, aritu da buat ni nak buat lagi, sequel ke 3 la ape la, ngade2. Ok la cu, supervisor atok da bising ni. kim salam mak ayah ea, ingat kat atok cu selalu, jgn lupa solat 5 waktu jgn tinggal cu. Atok miss u forever. Simpan gamba atok kat bawah ni elok2 na. Jangan pos kat fb plak, atok segan.. hehe. Assalamualaikum."

*Ahmad Darah Kula ibni Almarhum Haji Kalawar Jadi Yan (1879-1930)

Legoland Pertama di Asia - MALAYSIA



Seriously time tgh naip entry ni hati terasa begitu girang gumbira sekali yang amat kerana negeri kelahiran aku bakal menjadi tempat mencanaknya theme park gergasi bertaraf dunia, iaitu Legoland! *Oh bangga!


Legoland Malaysia adalah yang ke-6 selepas Legoland Parks, Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland Deutschland, dan Legoland California. Ia dijadualkan untuk dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 2013 dengan lebih 40 menan-menan yang best. Ia juga bakal menjadi taman tema Legoland yang pertama di Asia (*oh bangga lagi). Lokasinya pula adalah di tengah-tengah kompleks bersepadu di Nusa Cemerlang industrial park.

*overview

*Pejabat Perdana Menteri (The Perdana Putra)

*Tgk tuh! Sume bende dia nak legokan

 *Kubah masjid pon ade! Sejadah dia lego tak?

Dasat tol dorg2 ni kan? Kalo bole sume benda dia nak legokan. Tak sabarnye nak tengok bangunan lego, basikal lego, blackberry lego, kubur lego. Eh! bole?

Apa2 pon syabas kepada mereka yg sedang tungkus limus berusaha menjayakan projek gergasi ini. Kalo korg nk usha gambar2 yg lebih meriah, kelik sini -> http://www.latimes.com/travel/deals/themeparks/photo-galleries/la-trb-legoland-malaysia-photos-04201122-pg,0,2771182.photogallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...