Monday, 31 October 2011

K-POP (Tahukah Anda?)



Korg perasan tak? Kebanyakan muka dan features superstar2 k-pop terkemuka seperti Wonder Girls, Girl Generation, Brown Eyed Girls dan banyak lagi la, cam lebih kurang sama je! Baik dari segi raut wajah, gaya senyuman, semua-semua lah! Tak caye jom usha jap.

Wonder Girls

Girl Generation

Brown Eyed Girls
See? Nampak tak?? ukiran senyuman mereka seolah-olah persis antara satu sama lain, ukuran kaki seolah-olah ada standard piawaian, ketirusan wajah, bentuk mata, mancugan hidung, seolah2 ditekap dengan menggunakan acuan yang sama.. hmm..
Suka disini untuk aku buat kesimpulan bahawa...







Mereka-mereka ini mendapat khidmat bantuan dari doktor yang sama, dengan fomula yang sama!

*Logik tak? logik kan??

Happy Belated Halloween!!



 BOOoooOOooooOOoo.... Hiii~hhhhhiii~hhiii~..... *sambil terbang-terbang..

"Cu... dikesempatan ni cu.. atok sanggup bangkit kejap dari kubur cu, semata-mata nak ucap selamat hari halloween belated. Atok mintak maaf cu belated je atok mampu, aritu tak sempat nak mai sebab kebetulan giliran atok ngaco manusia kat jalan sunyi kat Old Trafford sana. Jauh cu kat negara omputih! Dah la manusia tak ramai lalu situ, terpaksa atok OT cu sampai dpt manusia sorg dua. Pulak tu ada plak pengarah filem dok kacau tempat keje atok tu, nak buat cite panormal activity katenye. Tensyen atok cu, aritu da buat ni nak buat lagi, sequel ke 3 la ape la, ngade2. Ok la cu, supervisor atok da bising ni. kim salam mak ayah ea, ingat kat atok cu selalu, jgn lupa solat 5 waktu jgn tinggal cu. Atok miss u forever. Simpan gamba atok kat bawah ni elok2 na. Jangan pos kat fb plak, atok segan.. hehe. Assalamualaikum."

*Ahmad Darah Kula ibni Almarhum Haji Kalawar Jadi Yan (1879-1930)

Legoland Pertama di Asia - MALAYSIA



Seriously time tgh naip entry ni hati terasa begitu girang gumbira sekali yang amat kerana negeri kelahiran aku bakal menjadi tempat mencanaknya theme park gergasi bertaraf dunia, iaitu Legoland! *Oh bangga!


Legoland Malaysia adalah yang ke-6 selepas Legoland Parks, Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland Deutschland, dan Legoland California. Ia dijadualkan untuk dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 2013 dengan lebih 40 menan-menan yang best. Ia juga bakal menjadi taman tema Legoland yang pertama di Asia (*oh bangga lagi). Lokasinya pula adalah di tengah-tengah kompleks bersepadu di Nusa Cemerlang industrial park.

*overview

*Pejabat Perdana Menteri (The Perdana Putra)

*Tgk tuh! Sume bende dia nak legokan

 *Kubah masjid pon ade! Sejadah dia lego tak?

Dasat tol dorg2 ni kan? Kalo bole sume benda dia nak legokan. Tak sabarnye nak tengok bangunan lego, basikal lego, blackberry lego, kubur lego. Eh! bole?

Apa2 pon syabas kepada mereka yg sedang tungkus limus berusaha menjayakan projek gergasi ini. Kalo korg nk usha gambar2 yg lebih meriah, kelik sini -> http://www.latimes.com/travel/deals/themeparks/photo-galleries/la-trb-legoland-malaysia-photos-04201122-pg,0,2771182.photogallery

Sunday, 30 October 2011

That's why women can't live without makeup



NUFF SAID!

Check tiket AirAsia yg murah2 dengan mudah!



*AMARAN! Enrty ni hanya untuk orang yang belum kaya mcm aku, yang harta 18 keturunan tak habis tu sila skip ke entry bawah.

Sebelum ni korang nak check tiket AirAsia (http://www.airasia.com) either pergi melancong ke, biznes trip ke, jalan2 habiskan duit bonus ke, korg mesti melalui step pilih origin >> pilih destination >> pilih tarikh depart/return >> then search >> *alamak mahalnye! takde promosyen ke?? haduhh.. >> then pilih balik tarikh satu per satu untuk dptkan tiket yg MURAH. (bukan takde duit, just malas nk spend pada benda yg tak nmpak hasil). So sehari suntuk la tekan next, tukar2 tarikh untuk dapatkan harga tiket yg diidamkan.

HENTIKAN PERBUATAN KEJI ITU!

KINI ADA CARA YANG LEBIH MUDAH!

Hari ini Merepek Ayam nak share sikit berkenaaan satu website yang memudahkan kita untuk mengusha harga paling promosyen yang AirAsia tawarkan kepada pelanggan mereka. Thank you yang teramat sgt kepada pencipta website ni. Kudos to you dude! Website yg dimaksudkan ialah http://www.fleapy.com

 

MUDAH JE! Korang just perlu pilih origin dan destination yg korg mahu, kemudian screen akan memaparkan senarai harga mengikut tarikh2. So ni tgk harga then pilih tarikh instead of pilih tarikh baru tgk harga. Terer tak? So ape lagi, usha la yg MURAH!!

EVERYONE CAN FLY CHEAPLY

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...