Sunday 30 September 2012

Belanjawan 2013




KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Berikut ialah intipati Belanjawan 2013 yang
dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri
Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.
Tema Belanjawan 2013 ialah “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji
Ditepati”.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek
pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion
bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan
dan bekalan.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan
infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan
latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion
bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama
Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5
bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi
dan padi.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai
Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi
perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun
Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha
pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500
pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan
negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion
diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi
aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran,
peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari
ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan
pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di
bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai
tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud,
Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan
penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan
perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun
bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup
RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20
sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran
nelayan.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat
berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan
pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi
tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira
struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT
diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME
Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang
menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan
diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan
manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih
bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok
tambahan.
* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan
Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan
Intergrasi Nasional.
* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk
penempatan guru prasekolah.
* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat
Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska
baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
* Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun
atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan
pusat jagaan.
* Pengecualiaan cukai pendapatan untuk tempoh lima tahun dan elaun bangunan
industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha prasekolah swasta.
* Kerajaan akan melaksanakan projek perintis taska Orang Kurang Upaya (OKU)
bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi sindrom down, autisme,
penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.
* RM3.7 bilion diperuntukkan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan
vokasional.
* RM200 juta diperuntukkan untuk penubuhan “Graduate Employability Taskforce”
untuk memperkukuhkan kebolehpasaran graduan.
* Potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan syarikat yang melaksanakan Skim
Latihan 1Malaysia. Galakan mula diberi 1 Jun 2012 sehingga 2016.
* RM400 juta diperuntukkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran bagi
memberi pinjaman untuk dimanfaatkan hampir 40,000 pelatih di peringkat Sijil
Kemahiran Malaysia tahap satu hingga lima.
* RM50 juta diperuntukkan untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi
memperlengkapkan mereka dengan kemahiran.
* Seramai 1.4 juta anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan
percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso.
* Pelarasan pencen pesara kerajaan dengan menaikkan pencen minimum daripada
RM720 kepada RM820 berkuatkuasa 1 Jan 2012.
*Pengurangan caj bayaran pasport sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada
RM150 untuk tempoh sah laku lima tahun bagi warga emas dan kanak-kanak.
* Kelayakan masuk bagi pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditingkatkan
kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bagi askar laskar, kelayakan masuk
minimum ditingkatkan ke peringkat SPM dan diploma.
* Pemberian sumbangan RM1,000 secara “one-off” kepada bekas tentera yang
bersara kurang daripada 21 perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000
bekas tentera akan mendapat manfaat.
* Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula di mana panel bank komersial
dilantik untuk menguruskan pinjaman berkuat kuasa Jan 2013, manakala wang proses
bagi permohonan ditetapkan pada kadar RM100.
*RM591 juta diperuntukkan bagi mengurangkan kadar jenayah termasuk menambah
bilangan anggota polis, menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal, meningkatkan
jumlah anggota pasukan sukarewalan polis dan menambah pemasangan kamera litar
tertutup.
* Menambah peruntukan geran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan sebanyak RM20
juta.
* Memberi geran RM10,000 kepada persatuan penduduk untuk menggalakkan aktiviti
rondaan di kawasan kejiranan dan memperuntukkan RM90 juta untuk menyediakan
seragam kepada anggota Rela yang aktif.
*RM276 diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk
membanteras rasuah selain menambah 150 perjawatan setiap tahun sehingga mencapai
5,000 anggota.
* Kerajaan akan menubuhkan “National Strategic Coordination Unit” untuk
merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi
Luar Bandar.
* Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh,
Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka,
Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar
dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan
perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program
pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di
kawasan pedalam Sabah dan Sarawak.
* RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan.
RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut
menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing.
* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat
termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan
Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk “Program
Get Malaysian Business Online” dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram.
* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA)
yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja
Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.
* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang
dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.
* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di
Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.
* RM738 juta Ringgit diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta
diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa,
RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio
2016.
* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional.
* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan “New Entrepreneur Foundation” untuk
membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan
“Young Entrepreneur Fund”.
* Memberi rebat RM200 secara “one-off” bagi pembelian satu unit telefon pintar
3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.
*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua
persatuan seni yang berdaftar.
* RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga
berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh
Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Jabatan
Perumahan Negara.
* Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan
daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala had pendapatan bersama suami
isteri RM10,000.
* Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia
juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang
berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
* Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan
memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.
* RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan
menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan
Labuan.
* Diskaun 50 peratus ke atas tambang penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan
Sarawak serta diskaun 50 peratus ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial
mengangkut barang keperluan dan binaan ke Labuan.
* Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah
untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000.
*Kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu peratus bagi kumpulan
berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.

* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang
berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah
dua peratus ke atas pinjaman.
* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan
kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah
berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.
*RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada
keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan
Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.
* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan
pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.
* Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi
pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200
kepada RM250.
* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan
daripada RM3,000 kepada RM6,000.
* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang
membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.
* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat
bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta.
* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran pertama
akan dibuat pada Dis 2012, manakala sebulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran
RM500 kepada pesara kerajaan.

Saturday 22 September 2012

Passwords Paling Worst



Pada tahun 2011, Forbes telah menyenaraikan 25 passwords yang tertop, yang diilhamkan oleh maknusia-maknusia yang malas nak pikir nak ingat password. Dan golongan ini jugaklah antara yang paling digemari para hackers untuk dijadikan mangsa, hahaha. Padan muka.

1. password
2. 123456
3. 12345678
4. qwerty
5. abc123
6. monkey
7. 1234567
8. letmein
9. trustno1
10. dragon
11. baseball
12. 111111
13. iloveyou
14. master
15. sunshine
16. ashley
17. bailey
18. passwOrd
19. shadow
20. 123123
21. 654321
22. superman
23. qazwsx
24. michael
25. football

Information daripada seorang data scientist iaitu Nick Berry, founder Data Genetics, Seattle technology consultancy, dia mendapati bahawa maknusia kini semakin pemalas untuk berimaginasi when it comes to passwords, mereka lebih suka hentam buta dengan memilih passwords yang semua orang tau. Mana taknya hampir 11% daripada 3.4 million 4-digit passwords dia dapati adalah 1234. Kedua paling popular pulak ialah 1111 (6% of passwords), diikuti dengan 0000 (2%).



SATU LAGI STATEMEN BELIAU YANG MENYEBABKAN AKU SEDIKIT TERSENTAK!

"People use years, date of birth — it's a monumentally stupid thing to do because, if you lose your wallet, your driver's license is in there. If someone finds it, they've got the date of birth on there. At least use a parent's date of birth [as a password],"

Pergh! Rupanya pemilihan passwords berdasarkan tarikh lahir jugak merupakan amalan yang tidak sihat. Menurut beliau, kebanyakan password yang biasa digunakan adalah sudah tentu, tarikh:~ hari lahir, ulang tahun, tahun kelahiran, dan lain-lain. Kalo korang nak tahu, dengan menggunakan tahun, bermula dengan 19__, ini sangatlah membantu orang yang nak crack atau hack itu lebih mudah untuk predict. Analisis beliau menunjukkan bahawa setiap gabungan 19__ tunggal ditemui lebih daripada 20% daripada dataset.



Komen Merepek Ayam: Kalo hacker tu jumpa kad ATM aku dan dapat hack password aku, konfirm dia akan frust bunuh diri setelah bertungkus lumus mendapatkan duit dalam tu. =D


source

Lumba Lari Pakai Heels Untuk Kaum Lelaki



LOL! Lucu gila dengan keletah mereka. Pertandingan yang dijalankan di Colorado ini diadakan sedemian rupa adalah berobjektifkan supaya kaum lelaki boleh memahami betapa peritnya menjadi wanita. Heh? Perlu heh? Yang ko gatal pakai kasut tumit macam jarum tu apasal?



info: yahoo.com

Weh! Shila Menang Asian Wave Dowh!




Tak sia-sia buat entry pasal Shila dua tiga hari lepas pasal pembabitan dia dalam pertandingan nyanyian yang mantap di ShangHai China iaitu Asian Wave 2012. Disebabkan entry Merepek Ayam itulah menjadikan Shila menjuarai pertandingan tersebut mengenetepikan finalist lain dari Korea Selatan, China, Taiwan, Thailand dll, sekaligos mengharumkan nama Malaysia di sana. Tahniah! We all love love you, especially me, Shila, awak sumpah sangat cute!!

Samsung "MENGEJI" iPhone Dalam Iklan Terbarunya




Memang terbaeekk punya carot! Mungkin syarikat Samsung belum hilang sentap lagi pasal dulu-dulu yang dorang terpaksa kene bayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 billion (RM3.25 billion) kepada Apple selepas didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad. Lani dorang membalas dendam lama dengan memperlekeh si Apple itu menerusi iklan terbaru Samsung S3. Teknik lekehan Samsung terhadap Apple dalam iklan tersebut adalah dengan memperlihatkan para peminat iPhone yang sanggup berkemah bagai di luar kawasan kedai yang menjual iPhone 5 lalu carutan demi carutan berlaku peringkat demi peringkat, cam sebenarnye mesej daripada iklan tu ialah "Gigih kan korang berlonggok bagai kat luar ni macam mangsa banjir beratur amik bantuan makanan. Korang tunggu ape ha? Bende teknologi tu? Eh hello, what are you looking for is THIS (samsung s3)! See! THE NEXT BIG THING IS ALREADY HERE!" - katanya.










p/s:Aku tetap dengan Samsung Torch Light aku ni, Samsung jugakkk.. =P

Tuesday 18 September 2012

Shila Amzah&Diana Liu Harapan Malaysia Dalam ASIAN WAVE



Baru je tadi aku main tekan-tekan kat laptop ni, tiba-tiba terkeluar Youtube, fine. Aku pon mainla scroll-scroll tiba-tiba Youtube cam suggest video to watch, aku pon klik la kan, dah dia suggest aku klik je lah. TIBA-TIBA bulu roma aku naik tegak 90 darjah bile tengok video itu. Mata tak berkelip!


Rupanya la ni tengah berlangsungnya satu Pertangdingan Nyanyian seantero Asia yang bernama "声动亚洲 Asian Wave". Pertandingan tersebut dijalankan di Shanghai menampilkan penyanyi mantop daripada Jepun, Korea, China, Thailand dan banyak lagi.


Daripada 30 orang peserta, hanya 12 orang terpilih ke final yang akan berlangsung pada 20 September ini. Pusingan awal telah pun berlangsung daripada 31 Ogos sehingga 6 September yang lalu. Dua penyanyi Malaysia iaitu Shila Amzah dan Diana Liu masing-masing berjaya melayakkan diri ke peringkat final bersama finalist yang lain. Tahniah~ 

FINALIST ASIAN WAVE 2012
CHAIYOK ND LALA! Eh cop! SHILA!!


ya tuhan comelnye shilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... <3

YUNA Tercalon Dalam MTV Europe Music Awards 2012




Kejayaan demi kejayaan si Yuna ni ukirkan sebijik demi sebijik. Ini bukan kali pertama Yuna tercalon dalam award yang peringkat gila-gila cam ni, sebelum ini Yuna pernah tercalon dalam 25th Nickelodeon Kids’ Choice Awards dan juga MTV Iggy’s Best New Bands in the World. La ni MTV EUROPE MUSIC AWARD 2012, ko hader?


Kali ini Yuna tercalon dalam kategori BEST ASIA ACT award yang pesaingnya adalah seperti EXILE, HAN GENG, JOLIN TSAI dan SUPER JUNIOR. Ha Kaw! Sume ade Kpop Jpop Chipop TaiwanPop. (Malaysia = MYpop) cewah. Upacara gilang gemerlapan itu akan berlangsung Live dari Frankfurt, Germany pada tanggal 11 November 2012.

So korang bawak-bawak lah undi Malaysian artis yer! Super Junior tu alah, lain kali boleh. Proud to be Malaysian kan?! Hari Kebangsaan dengan Hari Malaysia baru je lepas kan hari tu? So ape lagi, undi la YUNA from MALAYSIA. Undi boleh dibuat sebelum 14 Oktober 2012.







Acuan Paling XBest Ketika Berak



Antara berikut, teknik acuan manakah yang korang paling tak suka ketika melakukan aktiviti membuang baja?


Jawapan di ruangan komen: 
"Saya .......(nama)..... paling benci teknik nombor ............. kerana
 ..............(tidak lebih 15 patah perkataan)............."

Sunday 16 September 2012

Ko Kata Dia Ni LELAKI?!



Pada suatu hari yang cuacanya tak panas tak sejuk, redup-redup ayam je, telah google search akan daku pasal K-pop idol yang kaki panjang-panjang unta tu. Cam aku terpikir camne nak bezakan wajah-wajah idols cam wonder girls, girls generation, kara, 2NE1, t-ara dan sewaktu dengan nya, muka sume dekat-dekat je! Suara pon lebih kurang copy paste je. #EH! ingat nak cakap dalam hati je tadi, ter type pulok. Da siap kompare sesama idols, aku compare pulak dengan miss universe2 dorang, aduh!! Pun lebih kurang jugak. Takdok beza! Doktor yang sama dorang pakai. Tiba-tiba aku terperasan satu wajah yang wow! Fantastic baby!

WOW~~ fapable! Maksud aku incredible! Aku belek description die tulis nama minah ni Mini Han. Cute je nama dia. Mini ialah juara Miss International Queen 2010. Aku pon cam nak tau lebih lanjut pasal pertandingan ratu cantik ni, sebab aku ni kolot! Yang aku penah dengar Miss World dengan Miss Universe je, hok lain tu dop penah. Tatkala aku membuka website rasmi Miss International Queen, kedua-dua bola mataku berpintal-pintal bila terlihat contest ini adalah untuk GOLONGAN TRANSGENDER! Like seriuosly?! OH SHIT! Aku tak puas hati, aku belek balik gambar Mini tadi.


Holly SHIT man! How come??!! Boleh tak kalo aku tanak percaya yang dia tu adalah LELAKI? Boley tak? Please~


Nak yang lagi dahsyat, ni ha link dia, selamat berfantasi di sini. --> http://www.missinternationalqueen.com

Saturday 15 September 2012

Swimming Pool Tipu



Ini Cerita Pasal Henpon




Iphone : Semalam i jatuh. sakit tauu. Luka! SAKIIT SGT!

Blackberry : Teruk ke? 

Android : Lain kali, hati hati.

Nokia 3310 : Elleh! Gedik jer. Aku jatuh dah banyak kali, rilex jer. 

Public phone : xpyh nak kecoh la.....aku hari2 kena ujan panas, kena conteng, tampal iklan haram,sepak terajang DLL......rileks je.....


Phone rumah : rilek rilek jgn gaduh....meh laa jemput ke rumah.. kan raya ni.. =D






Friday 14 September 2012

Hotel Diperbuat Daripada EMAS!



Ini merupakan sebuah hotel watafak bertempat di Hong Kong, segala infrastruktur, arkitecture  adalah bermaterialkan emas, termasok LOBANG JAMBAN. Ko hader?

 






Sushi Jepun VS Sushi China [Menjilat Jari]



MADE IN JAPAN



VERSUS!!!


MADE IN CHINA


 
 



SUMPAH YUMMYY~~~
NYAM NYAM NYAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...